Jenayah

Mayat wanita ditemukan terapung dalam lombong

MAYAT seorang wanita ditemukan terapung berhampiran tebing sebuah lombong di Lahat Mile, Ipoh, malam tadi.

Mayat itu ditemukan oleh orang awam kira-kira pukul 9.30 malam sebelum menghubungi pihak bomba.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai penemuan mayat tersebut pada pukul 9.57 malam.

Katanya, sepasukan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh diketuai Pegawai Bomba Kanan II Azmil Kamaluddin bergegas ke lokasi kejadian.

“Mangsa dikenalpasti sebagai wanita berketurunan Cina berusia dalam lingkungan usia 40-an, ditemukan terapung di tepi lombong yang curam.

“Mayat ditemukan kira-kira 100 meter daripada sebuah kereta yang dipercayai milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Empat anggota bomba kemudian diarah mengeluarkan mayat mangsa menggunakan teknik hauling dibantu sistem ‘winching’ daripada jentera bomba.

Pemeriksaan pihak kesihatan juga mengesahkan mangsa telah meninggal dunia dipercayai lemas.

Mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada pukul 11.33 malam. – SM

 

(Visited 185 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button