JenayahNasional

KPDN tahan sepasang suami isteri jual baju Raya dalam talian

SEPASANG suami isteri berusia dalam lingkungan 40-an yang cuba membekalkan pakaian yang dijual dalam talian tetapi tiada niat untuk berbuat demikian ditahan pada 11 Mei lalu.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, kedua-dua individu tersebut disyaki menerima bayaran.

Mereka ditahan di pejabat KPDN cawangan Manjung, Perak susulan siasatan ke atas aduan yang diterima daripada orang awam berhubung penjualan pakaian secara dalam talian sempena Hari Raya Aidilfitri yang tidak wujud.

“Aduan dibuat ke atas syarikat yang beralamat di Sitiawan, Perak di mana pengadu telah membuat pembelian bagi sepasang baju kurung setelah melihat tawaran iklan penjualan baju kurung berkenaan melalui laman sosial Facebook milik suspek.

“Namun setelah pembayaran dilakukan sehingga tempoh aduan ini dibuat, baju kurung yang dibeli tidak diterima oleh pengadu,” kata Ketua Pengarah Penguatkuasa KDN, Datuk Azman Adam dalam satu kenyataan, hari ini.

Siasatan awal ke atas aduan, pihak KPDN telah berjaya mengesan maklumat dan butiran suspek yang juga pemilik syarikat itu, katanya.

Berdasarkan rekod, KPDN telah menerima sejumlah 100 aduan yang mana dua daripada seluruh negara berkaitan penipuan jualan yang dilakukan oleh suspek secara dalam talian.

“Hasil siasatan lanjut yang dilakukan mendapati, suspek telah menerima wang daripada pelanggan melalui akaun bank syarikat mereka membabitkan jumlah ratusan ribu ringgit sepanjang pengiklanan di Facebook,” katanya.

Beliau berkata, peralatan elektronik yang ditemui telah disita bagi tujuan siasatan lanjut. Nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM8,700.

“Kedua-dua suspek merupakan warganegara tempatan telah dihadapkan di Mahkamah Majistret Manjung bagi permohonan reman.

“Majistret membenarkan tempoh empat hari reman bermula 12 Mei 2023 sehingga hari ini, 15 Mei.

“Kes di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 [Akta 599] bagi siasatan menyeluruh ke atas pengiklanan dan transaksi kewangan,” jelas beliau.

KPDN memandang serius kegiatan penipuan aktiviti penjualan secara dalam talian yang diklasifikasikan juga sebagai jenayah siber dengan mengeksploitasi teknologi, katanya.

“Mana-mana orang yang melakukan kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 16 (a) Akta Pelindungan Pengguna 1999, jika disabitkan boleh didenda tidak lebih RM250,000,” katanya. – SM

BACA Promosi ‘scammer’, Noor Khiriah minta peniaga jadi jujur

BACA Caprice tangkap ‘scammer’ tipu duit orang guna produk baju melayunya

(Visited 69 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button