Ekonomi

Covid-19: Yayasan AirAsia tidak pinggir golongan terjejas

YAYASAN AirAsia mewujudkan tabung bantuan digital sebagai sebahagian daripada kempen #InThisTogether bermula 5 hingga 30 April 2020.

Inisatif itu bertujuan membantu golongan terjejas dan memerlukan ketika negara dilanda pandemik Koronavirus (Covid-19) dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Yayasan tersebut dalam kenyataan memaklumkan turut membantu perusahaan sosial mereka dan anggota komuniti yang kehilangan punca pendapatan.

[BACA] 500 kotak makanan diagihkan — Suara Merdeka

Menurut Pengarah Eksekutifnya, Yap Mun Ching, orang ramai diseru untuk membantu mereka yang betul-betul terkesan akibat Covid-19.

“Pandemik ini telah memberi kesan negatif kepada mereka yang menghadapi kekurangan sosio-ekonomi.

“Para perusahaan sosial kami telah melaporkan bahawa mereka menerima rayuan daripada ahli komuniti mereka untuk bantuan makanan.

YAYASAN AIRASIA“Dalam keadaan yang luar biasa ini, kami menyeru kepada semua orang untuk membantu dan berharap ramai yang akan memberi sokongan,” katanya.

Tambah beliau, semua sumbangan akan disalurkan kepada perusahaan sosial dan badan amal seperti Perbadanan Taman Negeri Perak dan Yayasan SEED.

[BACA] CEO AirAsia X jadi penunggang penghantar makanan — Suara Merdeka
[BACA] PKP perlu dilanjutkan hingga selepas Aidilfitri — Suara Merdeka

Selain itu, Beyond Borders Malaysia yang menyediakan bantuan makanan dan perubatan kepada keluarga Orang Asli, komuniti gelandangan dan pelarian.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama BigPay, Chris Davison, berkata, orang ramai yang ingin menderma boleh melakukan dari rumah.

Katanya, sumbangan boleh dibuat di laman web Yayasan AirAsia di https://airasiafoundation.com/relieffund atau dengan BigPay.

Dengan BigPay, pemindahan wang daripada aplikasi kewangan tersebut kepada AirAsia Foundation.

Selain itu  sumbangan boleh dibuat melalui Pemindahan Wang dengan Bank Tempatan kepada AirAsia Foundation.

“Kami berbesar hati untuk bekerjasama dalam kempen ini, yang mana keutamaan kami adalah untuk membolehkan sumbangan dilakukan dari rumah.

“Matlamat BigPay adalah untuk menyokong inklusiviti kewangan bagi semua lapisan masyarakat,” ujarnya.

Yayasan AirAsia menyokong pelbagai organisasi untuk memberikan bantuan kepada komuniti dalam krisis.

[BACA] COVID-19: ‘Kumpulan kayangan’ panggil petugas kesihatan dog, pencacai najis — Suara Merdeka
[BACA] Kompaun RM1,000 kepada pesalah engkar, langgar PKP — Suara Merdeka

Sejak tahun 2013, yayasan ini telah menyumbang lebih RM14 juta untuk menyokong program pemulihan bencana seperti banjir di Malaysia pada 2014.

Di peringkat antarabangsa, yayasan berkenaan turut membantu menerusi program sama seperti ribut Taufan Haiyan (2013), gempa bumi Nepal (2015) dan tsunami di Palu (2018).

Untuk maklumat lanjut dan status bantuan ini, layari airasiafoundation.com/relieffund. – SM

(Visited 172 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button