Luar Negara

COVID-19: WHO beri amaran situasi semakin buruk

VIRUS maut COVID-19 tidak boleh dipandang ringan kerana jumlah jangkitannya semakin tinggi di seluruh dunia sekaligus masih menjadi satu ancaman terhadap nyawa manusia.

Amaran tersebut dikeluarkan Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Dr. Tedros Adhanom Gebreyesus  apabila 136,000 kes baru dilaporkan diseluruh dunia pada Ahad lalu.

Jumlah tersebut merupakan peningkatan kes harian tertinggi yang pernah dicatatkan oleh WHO dan Brazil menjadi negara yang mencatatkan pertambahan kes COVID-19 yang paling ketara.

Negara itu juga menyaksikan keseluruhan kematian akibat pandemik itu seramai 34,000 orang mengatasi Amerika Syarikat dan Britai.

“Hampir 7 juta kes COVID-19 kini dilaporkan kepada WHO dan hampir 400,000 maut, walaupun keadaan di Eropah bertambah baik, secara global ia semakin buruk.

“Lebih 100,000 kes telah dilaporkan pada sembilan daripada 10 hari terakhir. Semalam, lebih 136,000 kes dilaporkan, yang paling banyak dalam satu hari setakat ini.

“Hampir 75 peratus kes semalam berasal dari 10 negara, kebanyakannya di AS dan Asia Selatan. Sebilangan besar negara di rantau Afrika masih mengalami peningkatan jumlah kes COVID-19 dengan beberapa kes dilaporkan di kawasan geografi baharu,” kata Dr. Tedros.-SM

(Visited 145 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button