Luar Negara

Covid-19: Varian Delta mungkin bermutasi hingga mati

MENURUT saintis, varian Delta coronavirus boleh bermutasi dengan sendirinya sehingga mati seperti yang berlaku di Jepun.

Perkara ini berlaku apabila Jepun merekodkan hanya 140 kes virus setiap hari walaupun pernah dilanda teruk oleh strain Delta yang senang berjangkit itu tiga bulan lalu.

Kes memuncak pada kira-kira 23,000 sehari pada bula Ogos tetapi sejak itu, jumlah kes telah menurun dengan ketara dan pada Jumaat, hanya 16 kes baharu direkodkan di ibu kota Jepun, Tokyo.

Menurut laporan Mirror, salah satu teori penurunan mendadak ini adalah mutasi berterusan telah menyebabkan virus itu gagal dengan berkesan.

Walaupun mutasi boleh menjadikan virus lebih kuat, susunan virus itu berubah dari semasa ke semasa apabila ia mereplikasi dan gen mengalami ‘ralat penyalinan’, yang membawa kepada ‘kematian evolusi’.

Penyelidik yang diketuai oleh Institut Genetik Kebangsaan, Mishima, Jepun, mendapati banyak perubahan genetik berlaku sebelum berhenti mengejut dalam proses evolusi.

Seorang profesor di institut itu, Ituro Inoue memberitahu The Japan Times bahawa varian Delta di Jepun sangat mudah ditularkan dan akan menghalang varian lain.

“Varian Delta di Jepun sangat mudah berjangkit dan ini turut menghalang varian lain.

“Tetapi apabila mutasi itu bertimbun, kami percaya ia akhirnya menjadi virus yang rosak dan tidak dapat membuat salinan sendiri.

“Memandangkan kes-kes itu tidak meningkat, kami berpendapat bahawa pada satu ketika semasa mutasi sedemikian ia menuju ke arah kepupusan semula jadi,” katanya.

Tambahnya, virus itu masih akan merebak jika varian Delta ‘hidup dan sihat’.

Ketua Bahagian Sains Bioperubatan dan Kejuruteraan Bioperubatan di Universiti Reading, Dr Simon Clarke, menjelaskan terlalu banyak mutasi boleh menyebabkan virus itu mati.

Dia memberitahu The Sun, bahawa virus itu mengumpul terlalu banyak mutasi dan sehingga berhenti untuk terus mereplikasi.

“Apabila kamu terkena virus seperti itu, ia akan hilang begitu sahaja, diibaratkan seperti orang yang tidak pernah mempunyai anak kerana bahan genetiknya berhenti di hujung jalan.

“Namun itu tidak bermakna orang lain berhenti menghasilkan anak.

Dr. Clarke menambah bahawa ada kemungkinan jika strain itu akan berhenti untuk berevolusi, tetapi hanya apabila ia berhenti mereplikasi di mana hal ini lah yang difikirkan oleh saintis Jepun telah berlaku iaitu virus telah berevolusi untuk berhenti mereplikasi.

“Kamu perlu memutuskan rantaian penularan dan beberapa mutasi akan menjadikan virus itu lemah dan menjadi evolusi yang terbantut.

“Bagaimanapun, itu hanya akan berlaku dalam subset kes yang sangat kecil.

“Masih terdapat banyak coronavirus di sekeliling yang mampu menjangkiti orang dan akan melakukannya sehingga kita mempunyai imuniti yang mencukupi atau kita boleh memutuskan rantaian penularan seperti yang berlaku dengan SARS kerana ia tidak begitu baik dalam penularan seperti Covid-19,” katanya. – SM

(Visited 202 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button