Nasional

Covid-19: UOB Kepong tutup, CIMB Kota Damansara disanitasi

KUALA LUMPUR mulai mengalami kembali penularan wabak Koronavirus (Covid-19) sehingga menyebabkan dua cawangan bank perlu menjalani proses sanitasi.

Bank United Overseas (UOB) cawangan Kepong ditutup sehingga 5 Oktober ini untuk kerja-kerja pembasmian kuman.

Cawangan bank itu terpaksa berbuat demikian selepas salah seorang pekerjanya disahkan positif wabak pandemik itu berikutan lawatannya ke Sabah.

UOB dalam satu kenyataan memaklumkan, pekerjanya dijangkiti selepas berkunjung ke Lahad Datu dan Semporna pada 10 hingga 13 September.

Oleh demikian, proses mengenalpasti dan menjejak hubungan antara kitangan dan pelanggan juga sedang dilakukan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah yang mengesahkan perkara itu memaklumkan kes di sana belum dikenalpasti mempunyai kaitan dengan mana-mana kluster.

Tambah beliau, pekerja berkenaan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Sungai Buloh.

Bagaimanapun, CIMB pula mengesahkan lima pekerjanya di cawangan Kota Damansara dikuarantin kerana mempunyai hubungan rapat dengan pekerja UOB Kepong yang positif Covid-19 itu.

Namun CIMB memaklumkan cawangannya di sana dan Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) dibuka seperti biasa selepas menjalani proses pembasmian kuman malam tadi.

Menurut CIMB lagi, kelima-lima kakitangannya adalah merupakan pekerja di Mobile Sales Force (MSF).

CIMB dalam satu kenyataan mengesahka pekerja terbabit tidak mempunyai kontak dengan kakitangan CIMB Kota Damansara dan TTDI.

“Bagi kedua-dua lokasi, cawangan dan pusat MSF berada di tingkat yang berasingan dari bangunan masing-masing.

“Sebagai langkah berjaga-jaga, kedua-dua bangunan menjalani pembersihan dan pembersihan menyeluruh malam tadi.

“Ia adalah untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pelanggan dan kakitangan kami,” jelasnya.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 60 kes baharu dilaporkan di Sabah termasuk satu kluster ketujuh.

Terkini, jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini adalah 10,358, manakala kes kematian pula sebanyak 130 dicatatkan sejak awal tahun ini. – SM

 

(Visited 787 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button