Nasional

RM46 juta milik Najib dicuri di kondonya

RM46 juta milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang disimpan di sebuah unit di Pavilion Residences di sini, dicuri.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mendakwa pihak polis hanya menemui RM114 juta daripada jumlah keseluruhan sebanyak RM160 juta seperti yang dimaklumkan Najib.

Ketika membuat serbuan pada 17 Mei 2018, pihak berkuasa tidak mengira wang yang didakwa hasil penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu.

Timbul persoalan apabila harta itu tidak dikira di sebuah premis milik Obyu Holdings Sdn Bhd di Pavilion Residences, sebaliknya di lokasi lain.

“Najib memaklumkan ada RM160 juta, bukannya RM114 juta, maka ada seseorang yang mencuri wang tersebut.

“Polis juga tidak beritahu bagaimana wang ditemui itu dibungkus dan tidak menyerahkan senarai barang rampasan kepada penghuni premis,” katanya selepas prosiding keputusan kes lucut hak harta di Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin.

Tambah beliau, serbuan itu lebih kepada ‘smoking gun’ iaitu sekadar mengaitkan Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor sebagai pesalah dalam kes 1MDB.

“Mahkamah telah memutuskan harta yang dirampas itu tidak diperoleh berkaitan dengan perlakuan kesalahan predikat (aktiviti haram) atau menggunakan dana penyelewengan 1MDB.

“Najib sudah membuat laporan polis mengenai kehilangan wang itu dan kita minta pihak berkuasa untuk menyiasat anggota yang hadir dalam serbuan tersebut,” katanya.

(Visited 143 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button