HiburanLuar Negara

Lebih 70 bilion tweet tentang K-pop dibuat tahun lalu

K-POP masih lagi popular di rangkaian sosial, terutamanya di Twitter. Walaupun pada tahun 2020, muzik K-pop menjadi subjek kepada 6.7 bilion tweet dan rekod itu dipecahkan tahun lepas.

Menurut Twitter, 7.8 bilion tweet mengenai genre itu diterbitkan pada platform Twitter di seluruh dunia dengan peningkatan sebanyak 16 peratus.

Indonesia menduduki tempat pertama antara negara yang paling banyak membuat tweet mengenai K-pop pada tahun 2021 manakala Filipina dan Korea Selatan menduduki tempat kedua dan ketiga dalam ranking daripada Twitter.

Amerika Syarikat di tempat kelima manakala Jepun di tempat kesepuluh. Perancis menduduki tempat ke-18 daripada 20 negara teratas yang paling banyak membuat tweet tentang K-pop manakala Kanada berada di tangga ke-20.

Indonesia mengukuhkan kedudukannya sebagai negara yang mempunyai ramai peminat dan mendominasi 20 negara teratas.

Jepun kembali berlumba di tempat kedua diikuti Filipina dan AS berada di tempat kelima manakala Perancis kekal di tempat ke-18.

Dalam pada itu, kumpulan BTS menduduki tempat pertama dalam kalangan artis K-pop yang mendapat komen terbanyak di Twitter.

Konsert mereka ‘BTS Permission to Dance on Stage’ sahaja telah menjana lebih daripada 68 juta tweet di seluruh dunia.

Manakala Blackpink mendapat tempat kelima.

20 negara teratas yang paling banyak tweet tentang K-pop di Twitter:

1. Indonesia
2. Philippines
3. South Korea
4. Thailand
5. United States
6. Mexico
7. Malaysia
8. Brazil
9. India
10. Japan
11. Peru
12. Argentina
13. Vietnam
14. Turkey
15. Chile
16. Colombia
17. Singapore
18. France
19. Ecuador
20. Canada

20 negara teratas dengan peminat K-pop terbanyak di Twitter:

1. Indonesia
2. Japan
3. Philippines
4. South Korea
5. United States
6. Thailand
7. Brazil
8. Mexico
9. India
10. Malaysia
11. Turkey
12. Argentina
13. Vietnam
14. Peru
15. Colombia
16. Chile
17. Canada
18. France
19. Singapore
20. Ecuador

20 negara teratas paling banyak tweet tentang artis K-pop di Twitter:

1. BTS
2. NCT
3. Enhypen
4. EXO
5. Blackpink
6. Tomorrow X Together
7. Treasure
8. Seventeen
9. ATEEZ
10. Stray Kids
11. Twice
12. GOT7
13. The Boyz
14. aespa
15. iKON
16. ITZY
17. Astro
18. MonstaX
19. Red Velvet
20. SHINee – SM

(Visited 266 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button