NasionalNegeriTravel

Tempahan hotel di Melaka tidak terjejas disebabkan jerebu

Tempahan sebahagian besar hotel di negeri ini tidak terjejas walaupun Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Bukit Rambai pada paras tidak sihat apabila merekodkan 152.

Situasi itu tidak menyebabkan pelancong domestik membatalkan tempahan hotel yang dibuat melainkan ada hotel tidak mengalakkan sebarang aktiviti luar diadakan khususnya bagi mereka yang datang berkumpulan.

Nurashiken Zainal Abidin.

Penolong Pengurus Eksekutif Hotel AMES, Nurashiken Zainal Abidin berkata, tidak ada pelanggannya membatalkan atau menunda tempahan disebabkan Melaka adalah antara negeri yang mencatatkan IPU melebihi 100.

Menurutnya, minggu lepas daripada 290 bilik sebanyak 90 peratus habis ditempah dan minggu ini juga situasi yang sama hampir ke semua bilik dijangka penuh.

“Setakat ini jerebu yang melanda negeri ini tidak langsung menjejaskan tempahan hotel sejak minggu lepas dan minggu akan datang ini.

“Tidak ada pelanggan membatalkan tempahan disebabkan IPU di Melaka melebihi bacaan 100, ada yang batalkan tempahan di saat-saat akhir disebabkan atas faktor-faktor lain,” ujarnya di sini hari ini.

Bagaimanapun kata Nurashiken, pihak hotel tidak mengalakkan sebarang aktiviti luar hotel diadakan khususnya bagi pelanggan yang datang secara berkumpulan.

Mohd. Noorizan Mohd. Yunus.

Bagi Pengurus Amverton Heritage Resort, Ayer Keroh, Mohd. Noorizan Mohd. Yunus berkata, jerebu menyebabkan tempahan membabitkan 80 pelajar dari Singapura telah ditunda hari ini.

“Sepatutnya, pelajar terbabit memasuki resort hari ini tetapi disebabkan IPU mencatatkan 153 hari ini maka pihak penganjur mengambil keputusan untuk menunda ke tarikh baru,” katanya.

Menurutnya, secara keseluruhan jerebu sedikit menjejaskan tempahan resortnya pada pertengahan minggu ini.

Bagaimanapun kata beliau, pada cuti hujung minggu lalu hampir 90 peratus daripada 212 bilik habis ditempah iaitu sebanyak 190 bilik.

“Cuma aktiviti luar resort seperti meredah hutan, berjogging kita tidak galakkan kepada pelanggan sebaliknya menyarankan aktiviti dalam resort,” ujarnya.

Sementara itu Pengurus Besar Kumpulan Hotel Hatten, Chuck Kassim berkata, jerebu yang melanda setakat ini tidak menjejaskan tempahan bilik yang diterima pihaknya sejak dua minggu lalu.

“Cuma kami mengalakkan setiap pelanggan memakai pelitup muka jika berada di luar hotel sebagai langkah berjaga-jaga jika kualiti udara tidak sihat,” ujarnya. – SM

BACA Jerebu terus melanda: 8 kawasan catat IPU tidak sihat

(Visited 125 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button