AgamaNasionalNegeri

Masjid pusat perkembangan ilmu, pemikiran – Raja Muda Perlis

MASJID adalah pusat perkembangan ilmu dan pemikiran, titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Sehubungan itu, titah Baginda, Agensi-agensi agama dan Jawatankuasa Kariah di seluruh Negeri Perlis hendaklah memastikan majlis-majlis ilmu diatur dan diseimbangkan pengisiannya.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan mengurniakan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada salah seorang asnaf sempena Program Hijrah Minda Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bilangan Ke 13 untuk tahun 2023 di Masjid Al Hasan, Jejawi Dalam, Jejawi, Kangar.

“Ia mencakupi bidang-bidang penting dalam agama seperti akidah, ibadah, akhlak dan sebagainya termasuklah pengetahuan-pengetahuan am seperti kesihatan, ekonomi, dan juga isu-isu semasa,” titah Baginda.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berkenan menyantuni seorang kanak-kanak sempena Program Hijrah Minda Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bilangan Ke 13 untuk tahun 2023 di Masjid Al Hasan, Jejawi Dalam, Jejawi, Kangar.

Demikian titah Tuanku Syed Faizuddin Putra selepas berkenan berangkat menyempurnakan Program Hijrah Minda Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bilangan Ke 13 untuk tahun 2023 di Masjid Al Hasan, Jejawi Dalam, Jejawi, Kangar baru-baru ini.

Pada kesempatan yang sama Tuanku Syed Faizuddin Putra selaku Yang DiPertua MAIPs berharap agar pengurusan dan pengimarahan masjid di negeri Perlis ini dapat disemarakkan dan dinaik taraf mengikut standard yang dikeluarkan oleh badan-badan profesional.

“Hal ini supaya ia menjadi tarikan, bukan sahaja kepada masyarakat setempat malah menjadi tarikan kepada masyarakat di luar negeri ini,” titah Baginda.

Bersempena program tersebut juga Raja Muda berkenan menyempurnakan pengurniaan sumbangan agihan zakat MAIPs kepada 20 asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah masjid berkenaan.

Masing-masing menerima RM400 dengan jumlah penuh bernilai RM8,000 diagihkan pada sesi kali ini.

Pada majlis berkenaan juga diadakan ceramah oleh Pengarah SW Corp Perlis, Shamsuharizal Basir bertajuk ‘Perlis Hebat – Rakyat Hidup Bersih’. – SM

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button