pilihanSukan

164 atlet remaja angkat berat buru tempat ke Olimpk Brisbane 2032

Pencarian atlet remaja angkat berat sebagai persiapan Sukan Olimpik Brisbane 2032 dan Sukan SEA 2027 di Kuala Lumpur bermula Jumaat.

Seramai 164 peserta remaja berusia bawah 13 dan 16 tahun dari seluruh negara akan menyertai Kejohanan Bakat Kebangsaan Sukan Angkat Berat Melaka Siri 2/2023 di Melaka Mall di sini.

Ahmad Janius Abdullah.

Naib Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Ahmad Janius Abdullah berkata, kejohanan itu amat penting untuk memilih atlet pelapis lelaki dan wanita sebagai persiapan dua temasya penting memburu kilauan emas.

Menurutnya, kejohanan bermula esok sehingga Ahad ini menjadi medan penting buat Majlis Sukan Negara (MSN) memilih atlet remaja terbaik sebagai persiapan Sukan Olimpik di Brisbane Australia dan temasya Sukan SEA 2027 apabila Malaysia menjadi tuan rumah.

“Setakat ini semua negeri akan mengambil bahagian dan menghantar atlet remaja masing-masing bagi menyertai 14 kategori lelaki dan 14 kategori wanita yang dipertandingkan.

“Cuma atlet dari Perlis dan Terengganu tidak dibenarkan mengambil bahagian kerana masih digantung PABM selepas tiga atlet mereka positif doping sebelum temasya Sukan Malaysia (Sukma) MSN 2022,” ujarnya ketika ditemui di sini hari ini.

Ahmad Janius berkata, atlet remaja yang terpilih daripada Kejohanan Bakat Kebangsan ini akan ditempatkan di Kem Pelapis di MSN, Bukit Jalil sebegai persiapan penting Sukan Olimpik dan Sukan SEA.

Menurutnya, atlet remaja yang mewakili kebangsaan atau memenangi pingat di Sukan SEA dan Sukma tidak dibenarkan bertanding.

“Kejohanan ini memang dikhususkan kepada atlet baharu yang tidak pernah bertanding di mana-mana kejohanan peringkat kebangsaan

Beliau berkata, kejohanan ini melibatkan atlet di bawah umur 16 dan 13 tahun menyertai 14 kategori yang dipertandingkan.

Ujarnya, kejohanan yang akan berlangsung di Melaka Mall, Ayer Keroh di sini akan bermula pukul 9.00 pagi hingga 8.00 malam. – SM

(Visited 58 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button