Politik

Timbalan Menteri senang hati gaji dipotong untuk tabung Covid-19

TIMBALAN Menteri Pendidikan Datuk Dr. Mah Hang Soon gembira dan lega gaji beliau dipotong selama dua bulan untuk disalurkan ke Tabung COVID-19.

Beliau yang menyokong penuh keputusan mesyuarat Kabinet hari ini berkata, beliau gembira dan lega kerana pendapatan bulanannya boleh digunakan untuk membantu barisan hadapan.

“Potong gaji saya dua bulan sebagai Timbalan Menteri? Saya menyokong 100%. Saya fikirkan gaji saya boleh disampaikan kepada Barisan Hadapan, maka hati saya gembira senang dan lega.

“Sebelum mendapat gaji sebagai Timbalan Menteri, saya pun telah menyumbang kepada rakan-rakan seperjuangan kita dengan apa yang saya ada. Keputusan yang amat saya alu-alukan,” kata Hang Soon.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet semalam.

Gaji menteri akan dipotong dua bulan  bagi disalurkan ke Tabung COVID-19. Pemotongan itu termasuk gaji Perdana Menteri.

BERITA BERKAITAN:

Timbalan Menteri Pendidikan itu, turut menyeru semua rakyat untuk bersatu menempuh detik-detik sukar akibat wabak COVID-19. Rakyat turut diajak untuk bersama-sama mengalahkan virus maut tersebut.

“Menjelang detik-detik susah yang melanda negara kita ini, ayuhlah kita bersatu hati, bersatu nadi untuk memerangi dan mengalahkan wabak ini,” kata Hang Soon.

Mesyuarat Kabinet hari ini memutuskan untuk memotong gaji menteri untuk dua bulan bagi disalurkan ke Tabung COVID-19. Pengumuman itu dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan.

Tabung COVID-19 dilancarkan pada 11 Mac lalu dan akan digunakan untuk membantu rakyat yang terjejas akibat serangan wabak COVIT-19. Sehingga kini tabung tersebut telah menerima sumbangan berjumlah RM8,493,103.48.-SM

(Visited 210 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button