Nasional

Covid-19: Tiga kluster baharu dikenalpasti

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengenalpasti tiga kluster baru Covid-19 iaitu kluaster Bukit Bintang, Kuala Lumpur; Kluster tapak pembinaan Kuching, Sarawak dan kluster kondominium Hulu Langat, Selangor.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah sebanyak 10 kes positif telah dikenalpasti dalam kluster Bukit Bintang melibatkan sembilan warga Bangladesh dan seorang warga Malaysia. Tujuh daripada 10 orang yang positif merupakan rakan serumah indeks.

Seramai 274 orang kontak rapat dalam kluster tersebut telah disaring melihatkan 203 orang warga asing dan 71 warganegara Malaysia. Seramai 265 daripada mereka disahkan negatif.

Kluster tapak pembinaan Kuching melihatkan tiga kes positif melibatkan seorang warga tempatan yang merupakan ketua penyelia dan dua warga indonesia. Seramai 426 kontak rapat telah disaring dan 62 disahkan negatif manakala bakinya 364 masih menunggu keputusan.

Kluster kondominium Hulu Langat pula melibatkan seorang pelajar pusat tahfiz dan selepas pengesanan dijalankan dua kes positif dikesan.

Kluster melibatkan aktiviti kunjung mengunjung. Seramai 40 kontak rapat dikenalpasti dan disaring melibatkan 26 warga asing dan 14 orang warga tempatan. Hasilnya 3 kes positif, 30 negatif dan 7 masih tunggu keputusan.-SM

 

(Visited 197 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button