Nasional

Covid-19: Tiada rumah terbuka Agong, PM

EKORAN serangan pandemik Koronavirus (Covid-19), kerajaan memutus untuk membatalkan penganjuran majlis rasmi seperti Rumah Terbuka dan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Pembatalan program tersebut turut melibatkan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Yang di-Pertuan Agong dan Rumah Terbuka Aidilfitri Pedana Menteri.

BACA > Esok rukyah hilal Syawal di Perlis — Suara Merdeka

Kedua-dua acara tersebut lazimnya disambut pada hari raya pertama setiap tahun.

Selain itu, acara sama melibatkan anggota Jemaah Menteri turut dibatalkan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 dan menjaga penjarakan sosial.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd. Zuki Ali dalam kenyataannya turut mengumumkan pembatalan beberapa acara selain Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

BACA > Barang kawalan: Kerajaan PN perlu teruskan dasar PH — Suara Merdeka

“Acara-acara sempena Sambutan Hari Pahlawan pada 12 hingga 14 Ogos dan Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan pada 19 dan 20 Ogos serta Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan pada 29 Oktober.

“Walau bagaimanapun, sebarang pindaan kepada penganjuran dan Majlis Rasmi Kerajaan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Berdasarkan kenyataan sama, program yang yang dibatalkan melibatkan penganjuran pada bulan Mei, Ogos dan Oktober.

BACA > Aidilfitri: 200 bekas atlet, atlet para Selangor diraikan — Suara Merdeka

Walau bagaimanapun tidak dinyatakan sama ada sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos nanti akan diteruskan atau sebaliknya. – SM

(Visited 341 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button