Luar Negara

COVID-19: Tiada laporan kematian baharu di Scotland

BUAT pertama kalinya sejak langkah pencegahan bagi mengekang wabak COVID-19, tiada laporan kematian baharu direkodkan di Scotland sejak Ahad.

Memetik laporan Astro Awani http://www.astroawani.com/berita-dunia/covid-19-tiada-kematian-baharu-di-scotland-buat-pertama-kali-sejak-lockdown-246148 berita baik itu diumumkan oleh Setiausaha Kesihatan dan Sukan, Jeane Freeman.

Freeman turut menyatakan, terdapat 18 kes baharu di negara itu dalam tempoh 24 jam lalu.

Bagaimanapun, beliau memberi amaran kepada orang ramai untuk mengambil angka itu sebagai peringatan.

“Ini kerana terdapat kelewatan dalam mencatatkan data kematian pada hujung minggu lepas,” katanya.

Beliau berkata, masih terdapat kemungkinan angka kematian akibat virus itu akan direkodkan pada hari-hari berikutnya.

Kerajaan Scotland turut menggesa orang ramai agar kekal berada di rumah, bertentangan dengan saranan kerajaan United Kingdom (UK) yang telah secara perlahan-lahan melonggarkan sekatan di England. – SM

(Visited 121 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button