NegeriPolitik

Sidang DUN Perlis “panas” isu orang politik tidak boleh masuk sekolah

AWAL pagi lagi Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis mulai merasai “panas” apabila timbul isu orang politik tidak dibenarkan masuk ke sekolah.

Suasana ini bermula apabila soalan bertulis Datin Marzita Mansor (Bersatu – Sena) iaitu apakah ada pekeliling dari Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang sedang berkuatkuasa sekarang ini yang menghalang atau tidak membenarkan Ahli- Ahli Yang Berhormat atau mana-mana Wakil Rakyat untuk bersama-sama membantu dalam program-program yang dianjurkan di sekolah demi untuk kelangsungan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak didik kita di sekolah-sekolah terutama di Perlis?

Muhammad Azmir Azizan

Exco Pendidikan, Muhammad Azmir Azizan menjawap, merujuk Surat Pekeliling Iktisas KPM Bilangan 4 Tahun 2023 rujukan KPM.100-1/3/1 Jld.8 (28) bertarikh 21 Februari 2023, Garis Panduan Undangan atau Lawatan Orang Kenamaan dan Ahli Politik ke Institusi Pendidikan Bawah KPM di bawah kepada Perkara 9 dan Perkara 10 serta Lampiran 5 dan 6 berkaitan prosedur permohonan kebenaran.

Katanya, garis panduan ini menyatakan bahawa orang kenamaan dan ahli politik perlu memohon kebenaran sekurang-kurangnya 30 hari sebelum lawatan atau program / aktiviti / majlis ingin dilaksanakan di mana-mana premis institusi pendidikan.

Selepas itu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu – Tambun Tulang, Wan Zikri Afthar bangun dengan soalan tambahan apabila dari pengalamannya “ada yang boleh masuk dan ada tak boleh masuk”.

Beliau ingin kepastian atau apakah memang ada memo yang membenarkan orang tertentu sahaja boleh masuk ke sekolah.

“Saya tengok ada pula Wanita UMNO boleh masuk menganjurkan program di sekolah dan siap dimuatkan dalam Facebook (FB),” katanya.

Berhubung isu ini katanya, kerajaan perlu lebih telus kerana ADUN masuk ke sekolah bukan untuk berceramah politik.

Abu Bakar Hamzah (Bersatu-Kuala Perlis) yang turut menyokong dalam soalan tambahannya ingin tahu perancangan kerajaan negeri berhubung isu ini.

“Sekolah minta sumbangan tapi kita tak boleh menyampaikan kerana tidak dibenarkan masuk,” katanya.

Abu Bakar berkata, ADUN sepatutnya boleh masuk ke
sekolah bagi menjayakan program motivasi kerana pelajar juga penduduk kawasan mereka.

Sementara itu Gan Ay Ling – Keadilan – Indera Kayangan berkata, tidak perlu isu ADUN tidak boleh masuk sekolah dijadikan politik.

“Jangan salah anggap saya sendiripun tidak dijemput pihak sekolah,” katanya. – SM

BACA Rus’ele Eizan dilantik Speaker DUN Perlis baharu

(Visited 85 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button