Nasional

40,000 ahli GTSM mohon Geran Khas RM1,000

SEBANYAK 40,000 pemandu teksi dan kereta sewa berdaftar di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak memohon Geran Khas RM1,000 setiap seorang hari ini.

Permohonan itu disampaikan melalui Yang DiPertua (YDP) Pertubuhan Teksi, Kereta Sewa, Limosin & Teksi Lapangan Terbang Se’Malaysia (GTSM), Kamarudin Mohd Hussain.

Permohonan tersebut telah diserahkan kepada Setiausaha Politik (SEC POL) Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Farhan Fauzi di pejabat Perdana Menteri (PMO) di Putrajaya.

Menurut Kamarudin, mereka berharap permohonan itu dapat dimasukkan dalam Bajet 2024.

Kamarudin berkata dalam kenyataannya kepada SUARA MERDEKA, permohonan ini dibuat berdasarkan dua faktor utama iaitu pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) yang pernah dilaksanakan selama hampir dua tahun oleh kerajaan terdahulu bagi membendung penularan wabak Covid-19 telah memberi kesan buruk kepada kehidupan golongan pemandu teksi yang mana sehingga ke hari ini, masih menyebabkan mereka masih tidak mampu untuk memulihkan sosio-ekonomi mereka.

“Kami masih terkesan dengan hutang pembiayaan teksi dan sebagainya. Malah kenaikan kos sara hidup turut memberi impak besar dalam kehidupan kami,” kata Kamarudin yang mewakili para ahli dalam GTSM.

Kata Kamarudin lagi, faktor kedua ialah berkaitan dengan isu ketidaksamarataan kadar tambang  dan kadar komisyen di antara perkhidmatan pemandu teksi dan kereta sewa  dengan pemandu e-Hailing.

Kamarudin mendakwa, ketidaksamaan tambang yang berlaku telah menyebabkan golongan pemandu teksi dan kereta sewa kehilangan sumber pendapatan sehingga 75%.

Kamarudin mendakwa, ini berikutan pihak syarikat e-Hailing lebih cenderung menyalurkan hampir keseluruhan tempahan penumpang kepada kenderaan e-hailing kerana kenderaan e-hailing menyumbang kepada keuntungan syarikat sebanyak 20% berbanding teksi hanya 10% sahaja.

“Kesudahannya pemandu teksi dan kereta sewa kehilangan sumber pendapatan kerana tidak berupaya bersaing secara adil dan sihat,” jelas beliau dalam kenyataan yang sama.

Bagaimanapun, Kamarudin berkata, bagi pihak pemandu teksi dan kereta sewa, ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Farhan yang telah mencadangkan untuk mengadakan Program Bertemu Perdana Menteri yang menyasarkan kehadiran 5,000 peserta yang terdiri daripada pemandu sektor Teksi, Lori, Bas dan e-Hailing.

“Kami yakin dan percaya program tersebut bukan sahaja bakal memberi peluang kepada kami  selaku pemain industri untuk berdailog secara langsung dengan YAB Perdana Menteri, malah secara tidak langsung di atas semangat Malaysia MADANI dan keprihatinan YAB Perdana Menteri, kami yakin segala masalah yang kami utarakan ini pasti akan diberi perhatian terus oleh YAB Perdana Menteri,” kata Kamarudin penuh yakin.  – SM

BACA GTSM mahu Menteri selesaikan isu ketidaksamarataan teksi & e-hailing

(Visited 191 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button