Hiburan

Curang dalam perkahwinan, Britney Spears diceraikan Sam Ashari

Model dan pelakon, Sam Asghari dilaporkan telah memfailkan tuntutan cerai terhadap isterinya yang juga bintang antarabangsa, Britney Spears.

Abc News yang memetik sumber rapat Sam melaporkan, tuntutan tersebut difailkan pada Rabu (waktu tempatan) beberapa jam selepas media melaporkan perpisahan pasangan berkenaan.

Laporan mahkamah bagaimanapun tidak menyatakan lokasi tuntutan itu difailkan.

Terdahulu, khabar angin bertiup kencang apabila Spears dituduh curang dan membawa kepada pergaduhan besar antara pasangan itu.

Spears dan Sam juga didakwa sudah tidak tinggal sebumbung.

Spears mengahwini Asghari pada 2022 selepas bercinta dengan model tersebut sejak mengenalinya pada 2016.

(Visited 146 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button