fbpx
Nasional

Covid-19: SOP tunggu giliran perlu diubah – Pensyarah

KORONAVIRUS (COVID-19) pasti tidak akan terhenti setakat penamatan Perintah Pergerakan Kawalan (PKP) kewujudannya menyebabkan tatacara standard (SOP) penyampaian kepada umum berubah.

Terutama pada masa akan datang, banyak SOP lama tidak lagi boleh digunakan sebagai langkah memutuskan rantaian Covid-19.

Justeru sekarang adalah masa paling sesuai pelbagai SOP penyampaian umum sama ada kerajaan ataupun swasta kepada orang awam perlu diteliti semula.

[BACA] PKP-3: Kekal positif, elak ketidakstabilan emosi — Suara Merdeka

Kaedah yang me nyebabkan orang ramai berkumpul seperti menunggu giliran dan sebagainya pasti tidak lagi boleh digunapakai selepas ini.

Paling terkesan pastinya klinik kesihatan dan hospital yang menjadi tempat lazim orang menunggu giliran bagi mendapatkan rawatan.


Menurut Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Ahmad Faisal Mohamed Fiah, keadaan tidak sama seperti dahulu, pelbagai sektor terkesan.

“Virus ini tidak akan terhenti sehingga PKP berakhir. Mungkin akan makan masa yang lama mungkin lebih 6 bulan atau setahun.

[BACA] Peperiksaan Semester II Matrikulasi dibatalkan, Sesi 2019/2020 ditamat – Suara Merdeka
[BACA] Covid-19 ‘telanjangkan’ kelemahan e-learning institusi pendidikan — Suara Merdeka
AHMAD FAISAL

“Bagaimana SOP untuk berhubung dengan pelanggan di kaunter sama ada di jabatan kerajaan ataupun swasta seperti klinik dan bank.

“Tempoh lengang ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah masa yang sesuai untk memikirkan mekanisme baharu,” katanya ketika dihubungi Suara Merdeka hari ini.

Tambah beliau, sektor turut terjejas dan menuntut perubahan yang dilihat mustahil sebelum ini adalah institusi pendidikan pelbagai peringkat.

Menurut Ahmad Faisal, kaedah pembelajaran konvensional tidak boleh menjadi kaedah utama dalam penyampaian.

“Kaedah ‘mass lecture’ perlu diminimumkan dan ‘the new normal’ dalam institusi pendidikan mesti ada ‘open distance learning’.

“Kecuali kursus-kursus kritikal seperti perubatan dan kejuruteraan yang memerlukan pembelajaran secara berhadapan. Itupun mungkin bukan dalam jumlah pelajar yang ramai,” ujarnya.

[BACA] Dr. Noor Hisham nasihat pelajar terus berada di kampus, kedai gunting rambut ditutup — Suara Merdeka
[BACA] Hantar pulang mahasiswa secara berperingkat — Suara Merdeka

Bagaimanapun, beliau menjelaskan kebiasaan baharu itu bukanlah perubahan 360 darjah, sebaliknya rutin harian yang melibatkan perhubungan dengan orang lain. – SM

Show More

Mohamad Athir Ismail

Penulis merupakan antara wartawan Utusan Malaysia dan Utusan Online yang terakhir berkhidmat sebelum Utusan Melayu (M) Berhad ditutup.

Related Articles

Back to top button