fbpx
Nasional

Covid-19: Sokong, beri kerjasama pada Adham Baba

SEWAKTU seluruh dunia dan Malaysia ketika ini berdepan dengan penularan pandemik Covid-19, bukan masa yang sesuai bagi rakyat untuk bertelagah, bersengketa ataupun berpolitik.

Apa yang seharusnya kita sebagai rakyat lakukan adalah bersama-sama dengan pihak kerajaan bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Namun, dalam keadaan negara ketika ini sedang berdepan dengan wabak Covid-19, masih ada suara-suara sumbang yang mempertikai pelantikan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba.

Saya sebagai Presiden Suara Anak Pahang menyokong keputusan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memilih Datuk Seri Dr. Adham Baba sebagai Menteri Kesihatan.

Saya melihat Adham Baba pilihan terbaik bagi menerajui Kementerian Kesihatan berdasarkan pengalamannya sebagai doktor perubatan dan ketika negara berdepan wabak Covid-19.


Pimpinan Pakatan Harapan (PH) yang terdiri daripada DAP, Amanah dan PKR seharusnya memberikan kerjasama kepada Adham Baba beliau untuk menguruskan situasi negara yang berdepan wabak Covid-19 bukannya menghentamnya.

Kecaman dan kemarahan tidak akan menyelesaikan masalah apatah lagi membantu menenangkan rakyat dalam menghadapi situasi ketika negara berdepan penularan wabak berbahaya ini.

Bukan masanya untuk kita (rakyat) berpolitik ketika ini, kalau soal itu diambil kira oleh pimpinan PH, rakyat juga berhak mempersoalkan tindakan yang dilakukan kepimpinan PH di awal berlakunya Covid-19 melibatkan negara luar dan ketika itu berlaku kematian pertama di Wuhan.

Saya nyatakan itu bukan mahu mencari salah mana-mana pihak tetapi sekadar ingin memperingatkan bahawa tidak perlulah kita menuding jari di saat genting ketika ini.

Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mewujudkan kesepakatan dalam menangani isu Covid-19 sebelum negara dilanda gelombang ketiga.

Bersama-samalah kita membantu kerajaan dan Adham Baba bagi menggalas tugas getir menangani wabak yang boleh membawa maut, Covid-19.

Semua itu perlu kita lakukan demi kesejahteraan rakyat Malaysia keseluruhannya.

Pandangan Presiden PSAP, Haslihelmy DM Zulhasli

Show More

Related Articles

Back to top button