Luar Negara

COVID-19: Singapura lapor dua lagi kematian

DUA lagi kematian akibat COVID-19 dilaporkan di Singapura, menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu sebanyak 20.

Semalam, negara republik itu mengumumkan 788 kes baharu COVID-19.

BERNAMA melaporkan, Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam kenyataannya semalam berkata, kematian ke-19 melibatkan seorang wanita rakyat tempatan berumur 97 tahun.

Mangsa meninggal dunia pada 5 Mei lalu di Pusat Kebangsaan Penyakit Berjangkit.

Dilabelkan sebagai kes 1,414, pesakit itu disahkan dijangkiti COVID-19 pada 7 April lalu dan mempunyai sejarah penyakit hipertensi.

Sementara itu, kematian ke-20 pula melibatkan kes 1,528 iaitu seorang lelaki warga Singapura berumur 73 tahun yang meninggal dunia di Hospital Umum Singapura pada 6 Mei.

Pesakit itu disahkan dijangkiti COVID-19 pada 7 April lalu dan mempunyai sejarah hipertensi, ‘hyperlipidaemia’ dan melitus diabetes.

Untuk rekod, Singapura melaporkan dua kematian pertama akibat COVID-19 pada 21 Mac lalu.

Ketika ini, 1,634 individu pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu dan dibenarkan discaj dari hospital atau fasiliti isolasi komuniti.

Sebanyak 1,462 kes yang disahkan positif COVID-19 sedang dirawat dihospital dan kebanyakannya dalam keadaan stabil serta semakin pulih manakala 23 dalam keadaan kritikal dan dirawat di unit rawatan rapi.

Sementara itu, 17,082 kes dengan gejala ringan atau sihat secara klinikal tetapi masih positif COVID-19 masih ditempatkan di fasiliti komuniti.

Daripada 788 kes yang dilaporkan semalam, tiada kes import direkodkan. Ia merangkumi 13 kes di fasiliti komuniti, pemegang permit kerja yang tinggal di luar asrama (16) dan pemegang permit kerja yang tinggal di asrama (759). – BERNAMA-SM

 

(Visited 63 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button