Nasional

MAS ubah haluan ke London, Jeddah dan Madinah

MALAYSIA Airlines (MAS) tidak akan melalui ruang udara Iran bagi mengelak konflik ketenteraan antara negara itu dengan Amerika Syarikat (AS).

Hal demikian ekoran serangan balas yang dilakukan Iran terhadap kemudahan ketenteraan AS, al-Asad dan Erbil di Iraq.

Memetik laporan Bernama, MAS dalam satu kenyataan memberitahu penerbangan ke London, Jeddah dan Madinah akan melalui laluan lain.

“Syarikat penerbangan ini melakukan pemantauan aktif melalui Sistem Pemantauan Penerbangan dan diberikan panduan penilaian termasuk laporan keselamatan global dan Notis Kepada Juruterbang (NOTAM) daripada pihak berkuasa kawalan udara berkaitan.

“Kesemua pesawat kami dilengkapi dengan komunikasi Satelit membolehkan komunikasi segera dengan pesawat, untuk tindakan seperti mengubah haluan,” katanya.

Tambahnya, perubahan itu dilakukan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini dan Mas menegaskan mereka amat mengutamakan keselamatan.

Hubungan AS – Iran semakin dilaporkan semakin tegang akibat kematian komander tertinggi  Iran, Jeneral Qassem Soleimani terkorban dalam serangan dron.

Terdahulu, negara pernah digemparkan insiden tembak jatuh pesawat milik MAS, MH17 di Ukraine yang dilapor ditembak menggunakan peluru berpandu.

Tragedi pada 2014 itu berlaku ketika pesawat yang mengorbankan 283 penumpang dan anak kapal itu melalui ruang udara kawasan konflik antara Rusia dan Ukraine.

(Visited 363 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button