Ekonomi

Bursa dibuka lebih rendah dengan sentimen lemah

Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini. Pada jam 9 pagi, penanda aras FBM KLCI jatuh 16.25 mata atau 1.02% kepada 1,572.8 dari penutupan Jumaat lalu pada 1,589.05. Indeks dibuka 8.54 mata lebih mudah pada 1,580.51.

Pasaran secara keseluruhan merekodkan pergerakkan negatif, dengan kaunter yang rugi mendahului kaunter untung 394 berbanding 112, sementara 282 kaunter tidak berubah, 1,409 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung. Jumlah dagangan berjumlah 388.61 juta unit bernilai RM169.06 juta.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas turun 95.29 mata kepada 11,489.65, Indeks FBMT 100 turun 95.08 mata kepada 11,181.25, FBM ACE menyusut 74.53 mata kepada 7,633.17, Indeks FBM Emas Shariah turun 126.08 mata kepada 12,652.14 dan FBM 70 merosot 46.88 menunjuk kepada 14,969.72.

Sementara dari segi sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 85.35 mata kepada 15.228.35, Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri merosot 1.77 mata kepada 190.24, dan Indeks Perladangan turun 58.87 mata kepada 6,622.68. – SM

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button