Pendidikan

Usia tidak menghalang untuk teruskan belajar Diploma Pengurusan Haji dan Umrah

Usia bukan penghalang untuk berjaya dalam pelajaran sekiranya seseorang itu mempunyai niat untuk teruskan belajar dalam apa jua bidang yang di minati.

Azmir Ismail, 45, merupakan salah seorang alumni yang berjaya menghabiskan pelajaran di peringkat Diploma Pengurusan Haji dan Umrah di YEG Academy Fakulti Pengajian Antarabangsa dan Kolej Antarabangsa sehingga berjaya membuka syarikat travel sendiri dan bakal menjadi Ketua Operasi dari Tabung Haji Travel di Johor.

Walaupun dilihat usianya agak lewat untuk menyambung pengajian jika dibandingkan dengan pelajar lain, ia bukanlah penghalang baginya untuk mengecap kejayaan dalam bidang tersebut.

Dari kiri, Alumnai Ustaz Azmi, Dekan Fakulti, Encik Mohamad Fikri dan alumni Ismail Bin sharuddjn kini berkhidmat di Pegawai haramain andalusia travel and tours sdn bhd.

Bermula dari seorang mutawif sahaja, beliau mengambil pendekatan belajar secara formal selama 2 tahun setengah bersama pelajar yang lebih muda dari usianya.

‘’Di sini saya belajar pengurusan, selepas saya belajar di sini saya mempunyai banyak kelebihan selain menjadi mutawif, sekarang saya seperti mutawif 3 dalam 1, saya lah menguruskan jemaah, pimpin jemaah, uruskan tiket penerbangan, penginapan dan pengangkutan, semua ini ada dalam subjek yang kami belajar.

‘’Di sini juga saya dapat jalan bagaimana untuk saya buka syarikat travel, saya baru sahaja mendaftar syarikat saya sendiri, saya memang seronok bila dapat dapat buka syarikat sendiri dari apa yang saya telah belajar di sini.

‘’Saya juga baru dapat tawaran di bawah Tabung Haji Travel dalam bahagian ketua pengarah operasi bertempat di Senai Johor, banyak saya belajar di sini yang saya tidak tahu sebelum ini’’.

Katanya semasa sesi sidang media pelancaran Program Work-Based Learning Diploma Pengurusan Haji dan Umrah ( DHUMY) dan Ijazah Sarjana Muda (Degree) Pengurusan Haji dan Umrah bertempat di Brainy Bunch, Cyberjaya.

Industri Haji dan Umrah bukan hanya sekadar pakai kopiah, berjanggut dan mutawif tetapi ia sudah berada di tahap tertinggi malah tidak boleh dipandang ringan.

Keistimewaan utama diploma ini adalah para pelajar berpeluang melakukan Latihan industri di Mekah dan Madinah, di bawah pensyarah kanak mereka yang berpengalaman dalam industri seperti PU Amin, PU Riz, Sheikh Dr Omar Muhammad Kalash dan Tuan Haji Badrul Sani.

Bukan itu sahaja YEG Academy menjalankan program ‘’Work Bases Learning’’ di mana pelajar perlu menyelesaikan program diploma yang dipilih dengan 12 bulan pembelajaran di dalam kelas secara teori manakala 18 bulan lagi Latihan Industri di tapak kerja praktikal masing-masing malah pelajar ini dibayar gaji penuh dan diberikan penginapan serta makanan percuma sepanjang sesi bekerja.

Artikle Berkaitan :>

YEG sasar 5,000 pelajar tahun ini

YEG Academy buka peluang graduan ceburi bidang diminati

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button