Nasional

COVID-19: Satu kluster baharu pulang dari Temboro dikesan

KETUA Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat satu kluster baharu di kesan di kalangan rakyat Malaysia yang pulang dari Indonesia pada 16 April lalu.

Beliau berkata, kluster baharu itu terdiri daripada 43 orang pelajar yang pulang dari Temboro, salah satu tempat yang diisytiharkan zon merah di Indonesia.

“Seramai 34 orang telah dikuarantin di Melaka dan sembilan lagi dikuarantin di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

“Tindakan kerajaan mengambil langkah kuarantin dan menyaring semua rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara adalah bertepatan,” katanya pada sidang akhbar harian, hari ini.

Beliau berkata, tindakan yang dilakukan oleh kerajaan adalah untuk  memastikan kes import tidak dijangkiti oleh penduduk Malaysia.

Katanya lagi, terdapat 65 kes tambahan dan 17 kes semalam manakala 43 kes adalah dari Magitan, Jawa Timur, tiga kes dari Acheh, satu dari Kalimantan dan satu dari Turki.

Pada sidang akhbar yang sama juga, Dr. Noor Hisham berkata, trend discharge melebihi bilangan kes baharu dilaporkan.

“Bagaimanapun, terdapat 84 kes baharu dilaporkan. Jumlah kes positif 5,389 kes. Oleh itu jumlah kes aktif kebolehjangkitan COVID-19 adalah sebanyak  2,103 kes,” ujarnya.

Katanya, 46 kes positif COVID-19 ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 26 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Tambah Dr. Noor Hisham, hari ini terdapat pertambahan satu kes kematian COVID-19 membabitkan seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun.

“Lelaki tempatan ini mempunyai sejarah sakit kencing manis, darah tinggi, jantung dan buah pinggang, meninggal pukul 6.49 petang pada 18 April,” katanya.

Menurut Dr. Noor Hisham lagi, kumulatif 89 kes iaitu  1.65% daripada jumlah keseluruhan kes.

Dr. Noor Hisham terus mengingatkan masyarakat agar duduk di rumah, akur kepada arahan kerajaan, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dalam usaha untuk memutuskan penularan wabak pendamik ini.

Dalam PKP ketiga, diharapkan kita semua dapat mengawal dan menurunkan lagi kes-kes positif 5,389 kes, ditolak kes sembuh iaitu 3,197 kes, kematian 89 dan jumlah yang dirawat, 2103 kes –  SM

(Visited 173 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button