Nasional

LTTE: Ramasamy juga berterima kasih kepada Tommy

PEMBEBASAN 12 orang termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri dari DAP yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma) kerana didakwa penyokong iberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).disambut dengan gembira pemimpin DAP.

Timbalan Ketua Menteri 2 Pulau Pinang, P. Ramasamy antara pemimpin DAP yang mengucapkan terima kasih kepada Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas kerana membuat keputusan untuk memberhentikan prosiding terhadap 12 individu terbabit.

Ramasamy berkata, beliau mengalu-alukan keputusan Tommy dan ia merupakan berita baik kepada mereka yang ditahan.

“Ini berita baik untuk 12 orang dan orang yang mereka sayang yang cemas menunggu pembebasan mereka.

“Pemberhentian prosiding terhadap 12 orang yang kini dipenjarakan di penjara Sungai Buloh mesti menjadi kelegaan besar apabila mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan.

“Bagaimanapun, sekali lagi saya berterima kasih kepada Tommy kerana mengambil inisiatif untuk menarik balik tuduhan terhadap mereka. Sekarang kita perlu sabar menunggu pembebasan mereka,” kata Ramasamy dalam satu hantaran di Facebook beliau.

[BACA ARTIKEL] LTTE: Terima kasih Tommy kerana guna kuasa Perlembagaan anda

Tommy hari ini menggunakan kuasa yang diperuntukkan kepada beliau sebagai Peguam Negara untuk menggugurkan pendakwaan terhadap 12 individu terbabit.

“Oleh yang demikian, dalam menjalankan kuasa budi bicara saya menurut Perkara 145(3) Perlembagaan Persekutuan, saya telah memutuskan untuk memberhentikan prosiding-prosiding terhadap mereka berkuat kuasa serta merta,” katanya.

Sebelum ini nasib 12 individu termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP yang didakwa atas pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) sama ada dibenarkan ikat jamin atau sebaliknya hanya akan ditentukan oleh Mahkamah Tinggi.

[BACA ARTIKEL] Alasan penuh Tommy Thomas bebaskan 12 tertuduh berkaitan LTTE

Ini memandangkan, keputusan tiga Mahkamah Sesyen berasingan menetapkan tiada jaminan dibenarkan di mahkamah terbabit dan nasib kesemua pihak berkenaan akan ditentukan selepas dirujuk mengikut perlembagaan.

Kedua-dua ADUN itu itu termasuk G Saminathan (ADUN Gadek) dan P Gunasekaran (ADUN Seremban Jaya) manakala 10 lelaki lain ialah V Balamurugan, S Teeran, A Kalaimughilan, S Chandru, S Arivainthan, S Thanagaraj, M Pumugan, Sundram Renggan@Rengasamy, V Suresh Kumar dan B Subramaniam.

Kesemua mereka ditangkap dan ditahan sejak Oktober tahun lepas.-SM

 

 

 

 

(Visited 749 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button