Luar Negara

Bekas Presiden India, Pranab Mukherjee meninggal dunia akibat Covid-19

SELEPAS 21 hari bertarung nyawa setelah disahkan positif Covid-19 akhirnya bekas Presiden India, Pranab Mukherjee meninggal dunia.

Mendiang menurut laporan AP, dimasukkan ke hospital di New Delhi kerana menjalani pembedahan membuang darang beku pada otaknya dan kemudian, didapati turut dijangkiti virus pembunuh itu.

Kematian Mukherjee telah disahkan oleh anaknya, Abhijit menerusi satu ciapan di akuan Twitter miliknya.

Mendiang meninggal dunia pada usia 84 tahun, pernah berkhidmat sebagai Menteri Kewangan, Menteri Pertahanan dan Hal Ehwal Luar di bawah tiga Perdana Menteri berasingan.

Semasa hayatnya, mendiang dikenang sebagai perantara dalam membantu menyelesaikan perpecahan sebelum pembentukan kerajaan campuran. – SM

(Visited 188 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button