Nasional

Tun Dr Mahathir pengerusikan mesyuarat pertama MPN

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mempengerusikan mesyuarat pertama Majlis Produktiviti Negara (MPN) bagi tahun 2020.

Ketua Setiausaha Negara (KSN) Datuk Seri Mohd Zuki Ali melalui laman Instagramnya berkata MPN merupakan satu platform yang membincangkan hala tuju strategik bagi memperkasa agenda produktiviti negara dalam memacu pertumbuhan ekonomi mapan dan inklusif untuk mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.

Mohd Zuki turut memuat naik dua keping gambar mesyuarat berkenaan.

Sementara itu, Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata MPN dihidupkan semula pada Februari 2019 bagi menetapkan panduan dan hala tuju strategik untuk memacu produktiviti negara secara menyeluruh.

“Keanggotaan MPN telah disusun semula supaya keahliannya terdiri daripada golongan berpengalaman dan berkepakaran untuk mengenal pasti isu dan masalah produktiviti di semua peringkat,” katanya di laman Twitter beliau. – BERNAMA

(Visited 169 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button