Politik

Covid-19 Sabah: ‘Jangan bebankan kepada kementerian sahaja’

USAHA membendung penularan wabak Koronavirus (Covid-19) di Sabah tidak seharusnya dibebankan pada satu pihak semata-mata.

Sebaliknya, semua pihak perlu memainkan peranan termasuk beberapa kementerian lain membantu terutama dalam meningkatkan kemudahan logistik di sana.

Selain itu, kepimpinan kerajaan juga perlu menunjukkan misi yang jelas mengenai dasar dan strategi untuk mengatasi gelombang pandemik ketiga ini.

Ini kerana, jangkitan di Sabah dijangka akan terus meningkat berikutan masih terdapat lebih 10,000 sampel ujian saringan belum diketahui keputusannya.

“Pertama, sistem kesihatan di Sabah yang kita telah sedia maklum kekurangan dana, staf dan sumber daya, kini ditimpa dan dibanjiri dampak daripada wabak Covid-19.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengalihkan segala sumber yang ada ke Sabah, dan usaha ini tidak harus dibebankan pada kementerian sahaja.

“Rencana ini memerlukan dukungan politik dan kepimpinan yang jelas, penglibatan NADMA (Agensi Pengurusan Bencana Negara) dan beberapa kementerian lain.

“Bagi menggerakkan pasukan-pasukan perubatan dan kelengkapan perubatan yang diperlukan, mempertingkatan aspek logistik bagi meluaskan lagi bantuan di Sabah.”

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian hari ini menerusi kenyataan yang dimuatnaik dalam Facebooknya.

Sebelum ini Suara Merdeka melaporkan kes pandemik Covid-19 di Sabah meningkat sejak lebih lima hari lepas dan terus mencatatkan kes baharu tertinggi berbanding negeri lain.

Negeri di bawah bayu itu terus mencatat peningkatan kes harian tiga angka malah tertinggi semalam (702) berbanding hari ini 245.

Situasi di Sabah semakin membimbangkan apabila beberapa kawasan di sana diisytihar sebagai zon merah apabila enam daerah mencatatkan peningkatan tertinggi.

Oleh demikian, Ahli Parlimen Port Dickson itu turut menyatakan kes di Sabah akan terus meningkat dan kerajaan mampu untuk mengadakan ujian saringan secara besar-besaran.

“Setelah lapan bulan kita mendepani wabak ini, saya fikir kita sepatutnya mampu dan punya keupayaan untuk menjalankan pengujian besar-besaran.

“Kementerian Kesihatan mesti mendedahkan kepada umum sebarang strategi yang diambil dalam membendung wabak ini di Sabah, apakah secara pengujian dan strategi lain,” tegasnya.

Justeru beliau juga menggesa bantuan kecemasan kewangan dan makanan kepada rakyat yang terkesan dalam memastikan warga yang terpinggir dapat meneruskan hidup.

Malah beliau turut menegaskan kerajaan supaya meneruskan bantuan moratorium pinjaman ke seluruh negara sebagai langkah segera kepada rakyat dan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Akhid sekali, adalah sangat penting bahawa segala data mengenai kes, pengujian dan kadar kematian dibahagikan secara terbuka dengan pakar-pakar dan pegawai-pegawai kesihatan yang bekerajsama dengan pemerintah dalam mengekang wabak ini.

“Kekurangan maklumat akan menghalang pakar-pakar perubatan di seluruh negara daripada memberi bantuan dan kepakaran yang mereka ada.

“Dasar dan kebijakan maklumat yang terbuka akan meningkatkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan, terutamanya dalam suasana pandemik saat ini,” katanya. – SM

(Visited 95 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button