Nasional

Covid-19: Rakyat pasrah

KEJADIAN di sebuah kedai jual barangan tukangan. Seorang pelanggan berketurunan India bercakap bahasa Cina dengan taukeh kedai yang berketurunan Cina.

Saya yang sedang berbaris di kaunter agak tertarik situasi itu kerana seorang lelaki India berbual bahasa Cina yang tidak pasti, lenggoknya bukan Mandarin.

Bagaimanapun taukeh Cina itu berusaha bercakap Melayu apabila melihat kehadiran saya.

Dari buah bicara saya cuba menangkap butir perbualan mereka. Memang betul kisah dibualkan oleh mereka ialah penularan wabak Covid 19 yang kembali meningkat mendadak.

Mereka kecewa dengan kerajaan yang gagal menangani wabak berkenaan sehingga menyebabkan kes meningkat kembali.

Pilihan raya negeri Sabah menjadi punca penularan kembali sukar dikawal. Ia berpunca daripada orang politik yang ke Sabah tetapi gagal melaksanakan kuarantin kendiri.

Mereka juga melahirkan kebimbangan jika pilihan raya negeri Sarawak diadakan dalam masa terdekat.

Jika ia berlaku, penularan wabak akan menjadi bertambah sukar dikawal dan ini sangat menakutkan.

Mereka juga sepakat jika pilihan raya umum diadakan pada masa terdepat, mereka tidak mahu keluar mengundi kerana keselamatan lebih penting daripada segala-galanya.

Akhirnya mereka juga pasrah kerana pelbagai cara telah dilakukan bagi mengelakkan terkena jangkitan penyakit maut itu, tetapi akhirnya kerana sikap sekumpulan orang politik yang tidak bertanggung jawab menyebabkan gelombang jangkitan wabak kembali.

Di media sosial kini penuh dengan kecaman terhadap orang politik yang sanggup menggadai nyawa rakyat demi kuasa.

“Apa boleh buat kalau kena juga, kita sudah berusaha, tapi orang lain ambil mudah,” kata taukeh Cina itu.

 

 

 

(Visited 114 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button