Nasional

COVID-19: Pusat Sains Negara ditutup mulai hari ini

MENCEGAH dengan pantas. Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara ditutup buat sementara waktu bermula hari ini berikutan situasi terkini COVID-19 di Malaysia.

Memetik laporan ASTRO Awani, perkara itu disahkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin menerusi akaun Twitter rasmi beliau.

“Pusat Sains Negara dan Planetarium Negara ditutup sehingga keadaan mengizinkan,” katanya menerusi kenyataannya hari ini.

Beliau yang menjangkakan ramai pelajar ingin mengunjungi kedua-dua pusat di bawah seliaan kementerian itu sempena cuti sekolah berkata, kesihatan rakyat perlu sentiasa diutamakan. – SM

(Visited 2,176 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Back to top button