Nasional

Kes baharu kembali melebihi 4,000, kes aktif 41,097

KES baharu harian Covid-19 kembali melebihi angka 4,000. Selepas kes baharu menurun pada angka 3,631 semalam hari ini kes harian meningkat kepada 4,008 kes. Sebanyak 4,003 kes merupakan jangkitan tempatan manakala selebihnya 5 kes jangkitan luar negara.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, 2,802 kes baharu melibatkan warganegara Malaysia baki 1,201 kes melibatkan warga asing.

Sementara itu jumlah pesakit yang sembuh hari ini seramai 2,374 orang kurang jika dibandingkan semalam 2,944 kes.

Menurutnya, kes aktif kini berjumlah 41,097 pesakit yang memerlukan rawatan.

Jumlah kes yang dimasukkan ke unit rawatan rapi hari ini bertambah lapan orang iaitu 246 pesakit berbanding 238 pesakit semalam. Manakala jumlah pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan masih pada angka sama iaitu 94 kes.

Dalam pada itu, jumlah kematian yang direkodkan masih tinggi iaitu 11 kes namun berkurangan jika dibandingkan semalam sebanyak 14 kematian.

Kes-kes kematian pada hari ini melibatkan empat kes di Selangor, masing-masing tiga kes di Sabah dan Johor, serta satu kes di Sarawak melibatkan sembilan warganegara dan dua bukan warganegara.  Keseluruhan kematian kini berjumlah 630 orang.

Selangor masih negeri tertinggi pertambahan 192 kes baharu iaitu  1,391 kes berbanding 1,199 kes semalam. Diikuti Kuala Lumpur 513 kes (meningkat 1 kes, semalam 512) dan Johor 470 kes (meningkat 102 kes, semalam 368) dan Sabah 406 kes (kurang 120 kes, semalam 526).

Negeri yang mencatatkan pertambahan kes harian:

Sarawak – 203 kes, (meningkat 44 kes, semalam 159).
Negeri Sembilan – 176 kes  (meningkat 37 kes, semalam 139)
Perak – 170 kes (meningkat 35 kes, semalam 135)
Kedah – 142 kes (meningkat 28 kes, semalam 114)
Melaka – 132 kes (meningkat 10 kes, semalam 122)
Terengganu – 81 kes (meningkat 48 kes, semalam 33)
Pahang – 52 kes (meningkat 21 kes, semalam 31)

Negeri yang mencatatkan jumlah sama:

Pulau Pinang – 124 kes (semalam 124)
Perlis – 3 kes (semalam 3)
Labuan – 1 kes (semalam 1)

Negeri yang mencatatkan pengurangan kes:

Kelantan – 121 kes (semalam 133)
Putrajaya – 23 kes (semalam 26).

Sementara itu terdapat 16 kluster baharu yang telah dikenal pasti pada hari ini berbanding 9 kluster baharu semalam.

Kluster terbabit membabitkan Selangor (2), Sabah (2), Johor (3), Perak (2), Melaka (2), Negeri Sembilan (1), Kuala Lumpur (1), Pahang (2). Sementara kluster baharu Tapak Bina Jalan Digital tersebar di Johor dan Terengganu.

Jumlah kluster aktif kini berjumlah 318 kluster dan tiga kluster tamat hari ini iaitu Kluster Jalan Domis, Kluster Tinusa, dan Kluster Delima.-SM

 

 

 

 

(Visited 118 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button