Nasional

Media dihalang: Siapa bagi arahan datang sini?!

Pengamal media dihalang untuk mengambil kenyataan atau gambar di sekitar pekarangan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Jalan Sentral, hari ini.

Seorang individu mendakwa sebagai pegawai MIDA menegah kira-kira 20 pengamal media untuk membuat liputan berkaitan sesi rakaman keterangan yang akan dijalankan polis terhadap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Arahan siapa yang minta datang sini, ini bangunan saya, tak boleh sebarang kenyataan atau gambar di sini,” tegas individu terbabit pada Selasa.

Muhyiddin sebelum itu dilihat tiba di pekarangan bangunan MIDA di sini, kira-kira jam 9.28 pagi.

Bekas Perdana Menteri itu akan dirakam keterangan berhubung dakwaan kenyataannya dalam Ceramah Perdana di Dataran Utama Kempas di Johor Bahru pada 2 September lalu bahawa haram mengundi calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan terhadap Muhyiddin.

Siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu dilakukan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998. – SUMBER SINAR HARIAN – SM

(Visited 64 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button