Politik

NADMA disalur bantuan Covid-19 melalui pejabat ahli Parlimen – PH

PAKATAN Harapan mahu dana Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) berjumlah RM22.2 juta disalurkan melalui pejabat ahli Parlimen.

Majlis Setiausaha Pakatan Harapan (PH) berkata, bantuan berbentuk  bekalan makanan itu ketika ini disalurkan melalui Majlis Keselamatan Negeri atau badan lain dan tidak melalui pejabat ahli Parlimen.

Sehubungan itu mereka meminta supaya menggunakan saluran Ahli Parlimen bagi menghulurkan bantuan seperti itu kepada mereka yang terjejas akibat Covid-19.

Majlis tersebut juga menggesa agar pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak menganaktirikan atau membelakangi ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan dalam proses penyaluran bantuan bungkusan makanan asas tersebut.

Menurut mereka, ahli-ahli Parlimen tersebut dipilih secara sah oleh rakyat dan mempunyai mandat untuk mewakili suara mereka.

Oleh itu kara majlis itu Ahli Parlimen tersebut berhak mengambil bahagian secara aktif di dalam muafakat bersama mengurangkan beban rakyat yang terkesan.

Majlis itu mendakwa sistem penyaluran bungkusan makanan asas antara negeri juga tidak sama.

Malah dakwa, mereka pihak yang menyalurkan bantuan itu berbeza-beza, bukan daripada badan atau organisasi yang sama di setiap negeri.

BACA

Majlis itu juga menuntut supaya kerenah birokrasi dalam pengagihan bantuan ini dikurangkan supaya bantuan dapat dilaksanakan dengan berkesan.

“Di Johor, sebagai contoh, ada ahli-ahli Parlimen Pakatan Harapan yang berkata mereka tidak dihubungi pihak JKM atau difahamkan bungkusan makanan asas ini akan disalurkan melalui Majlis Keselamatan Negeri atau badan lain.

“Majlis Setiausaha menegaskan bahawa waktu penularan wabak Covid-19 bukanlah waktu untuk bermain berpolitik dan bergelut dengan karenah birokrasi.

“Malah inilah masanya untuk menggembleng seluruh tenaga dan kekuatan untuk memerangi COVID-19 dan membantu mereka yang terkesan,” kata majlis tersebut dalam satu kenyataan.

Kenyataan tersebut ditandatangani oleh  Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR),  Khalid Abdul Samad
(AMANAH) dan Anthony Loke (DAP).

Melalui Bantuan NADMA-JKM setiap kawasan Parlimen akan 1,000 bungkusan makanan asas akan diberi -kepada keluarga yang paling memerlukan.-SM

 

 

 

(Visited 336 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button