Nasional

COVID-19: Pertama kali PKPD dikenakan terhadap kondominium

Buat pertama kali Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikenakan terhadap kondomonium.

Arahan PKPD dikeluarkan terhadap kawasan Menara City One, Jalan Munshi Abdullah, Kuala Lumpur melibatkan 3,200 orang penghuni di 502 unit kondominium dan premis perniagaan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perintah tersebut dilaksanakan kerana terdapat 17 jangkitan positif COVID-19 di menara tersebut.

Perintah ini berkenaan berkuat kuasa mulai 31 Mac  hingga 13 April.

“Tujuan KPKD dilaksanakan adalah untuk membendung jangkitan COVID-19 daripada menular keluar. Langkah ini akan membolehkan aktiviti pengesanan kes dari unit ke unik dilaksanakan sepanjang tempoh 14 hari,” kata Ismail Sabri.

Sila hubungi talian khas 03-2694 3243/ 03-4026 7222 atau 013-329 5141 untuk sebarang pertanyaan atau jika memerlukan bantuan.

PKPD mula dilaksanakan di Simpang Renggam berkuatkuasa tengah malam ini hingga 9 April.

Perintah kawalan tersebut dikenakan terhadap penduduk di Kampung Dato’ Ibrahim Majid dan Bandar Baharu Dato’ Ibrahim Majid di Simpang Renggam, Kluang, Johor.

Ini susulan jumlah kes positif COVID-19 yang tinggi di dua kawasan tersebut iaitu 61 kes daripada keseluruhan 83 kes di Daerah Kluang.

Dengan pelaksanaan perintah berkenaan, polis, tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia akan mengawal seluruh kawasan terbabit. Semua laluan keluar dan masuk akan ditutup.

Ia diikuti pula dengan tujuh buah kampung di Batu 21 hingga Batu 24 Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Perkampungan yang mempunyai 3,918 penduduk dan 700 buah rumah itu dikenakan PKPD selepas 71 penghuni Maahad Tahfiz An-Nabawiyyah di Batu 23 di kawasan tersebut dikesan positif COVID-19.

Ia mengambil kira jumlah kes yang tinggi di sekolah tersebut kerajaan atas nasihat Menteri Kesihatan telah memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan pergerakan Diperketat.

Kampung-kampung terbabit termasuk dua perkampungan Orang Asli dan 5 perkampungan Melayu. Perintah ini akan berkuat kuasa mulai tengah malam ini 30 Mac 2020 hingga 13 April 2020.

Dengan pelaksanaan PKPD, polis, tentera, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) akan mengawal seluruh kawasan terbabit. Semua laluan keluar dan masuk akan ditutup.

Penduduk dan pelawat yang telah berada di kawasan tersebut tidak dibenarkan keluar sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan.

Bukan penduduk tempatan dan pelawat tidak dibenarkan masuk ke kawasan tersebut sepanjang tempoh PKPD dilaksanakan. Jabatan Kebajikan Masyarakat akan membekalkan makanan asas kepada penduduk terbabit selama 14 hari.- SM

 

(Visited 199 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button