Luar Negara

Covid-19: China mula lakukan calitan di dubur uji golongan berisiko tinggi

CHINA telah menggunakan calitan pada dudur untuk menyaring mereka yang dianggap berisiko tinggi djangkiti Covid-19.

Memetik laporan CCTV, pegawai perubatan telah mula mengambil calitan daripada penduduk di kejiranan yang disahkan ada kes Covid-19 di Beijing minggu lepas dan mereka yang ditempatkan di pusat kuarantin juga diuji menggunakan kaedah yang sama.

Penularan terpencil pada skala kecil beberapa minggu lalu menyebabkan beberapa bandar di utara China telah ‘ditutup’ daripada orang luar dan kempen saringan besar-besaran dilakukan yang kebanyakan menggunakan calitan hidung dan tekak.

Kaedah calitan dubur akan meningkat kadar pengesanan mereka yang terkena jangkitan kerana kesan kehadiran virus itu lebih lama di bahagian dubur daripada sistem pernafasan, kata doktor kanan dari Hospital Youan Beijing, Dr. Li Tongzeng.

Negara itu turut mengetatkan pergerakan dalaman dengan Beijing mengumumkan bahawa mereka dari kalangan yang dari kawasan berisiko pertengahan hingga tinggi dilarang memasuki bandaraya itu untuk mengurangkan risiko penularan terutama dalam tempoh perayaan Tahun Baru Cina.

Ketibaan ke negara itu juga perlu membuktikan beberapa keputusan negatif daripada saringan Covid-19 dan menjalani kuarantin untuk sekurang-kurangnya 14 hari di hotel yang ditetapkan. – CCTV

(Visited 136 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button