MahkamahNasionalNegeri

Negeri Sembilan Cements Industries didenda RM2,000 tiada ujian audiometrik

SYARIKAT Negeri Sembilan Cements Industries Sdn. Bhd. di Bukit Keteri, Chuping dikenakan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kangar, Perlis, hari ini.

Majistret Majistret Siti Nor Hasliza Md Ali memutuskan hukuman denda itu setelah pengurus kilang yang mewakili syarikat ini membuat pengakuan bersalah.

Ini kerana sebagai majikan, syarikat berkenaan telah gagal menyebabkan ujian audiometrik dijalankan ke atas pekerja yang terdedah kepada bunyi bising berlebihan.

Mengikut kertas pertuduhan, Negeri Sembilan Cements Industries Sdn. Bhd. pada pukul 10 pagi, 9 Mac 2022 di Bukit Ketri, Chuping sebagai majikan, telah gagal menyebabkan ujian audiometrik dijalankan ke atas pekerja yang terdedah kepada bunyi bising berlebihan melebihi had yang dinyatakan dalam perenggan 6 (1) (a) Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising 2019) pada tahun 2021 iaitu paras pendedahan bising harian 85.6dB(A).

Dengan itu, ia telah membawa kepada melakukan kesalahan di bawah Peraturan 9 (1) Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (Pendedahan Bising) 2019.

Jika disabitkan kesalahan boleh dihukum di bawah Peraturan 9 (11) peraturan yang sama.

Peraturan 9 (11):
“Mana-mana orang yang melanggar sub peraturan (1), (2),(3), (4), (5), (6), (7), (8), (9) atau (10) melakukan kesalahan dan boleh, apabila disabitkan didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya.

Seksyen 56: Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerja 1994.
“Jika seseorang disabitkan berkenaan dengan sesuatu kesalahan di bawah akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya ialah satu pertubuhan, perbadanan atau kesatuan sekerja, ia hanya boleh dikenakan apa-apa hukuman denda yang diperuntukkan terhadapnya.

Pendakwaan dijalankan oleh Pegawai Pendakwaraya dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) Perlis, Mohd Fiqri Mohd Hanafi.

Syarikat bagaimanapun tidak diwakili peguam. – SM

BACA Pemotong rumput didenda RM2,500 keluar kata-kata lucah

BACA Guru agama didenda RM12,000 perdaya dua wanita minta seks

(Visited 147 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button