fbpx
Luar Negara

COVID-19: Penerbangan awam UAE sekat penumpang Pakistan mulai 29 Jun

MASIH dalam kebimbangan tentang wabak Covid-19 dan langkah yang diambil oleh pihak berkuasa penerbangan awam Emiriah Arab Bersatu (UAE) tidak boleh dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

Ini dilakukannya atas faktor ketikak yakinan terhadap wabak Covid-19 yang nampak ‘reda’ tetapi belum boleh merasa ‘lega’ sepenuhnya.

Pihak berkuasa penerbangan awam UAE hari ini mengesahkan bahawa mereka tidak akan menerima penumpang dari Pakistan berkuat kuasa 29 Jun ini disebabkan kebimbangan terhadap wabak pendemik itu.

Keputusan yang diambil itu juga dikatakan terpakai untuk penerbangan transit dari Pakistan.

Penangguhan akan berkuat kuasa sehingga makmal khas yang menjalankan ujian saringan Covid-19, diwujudkan.


Pihak berkuasa penerbangan awam itu juga menasihatkan penumpang yang terkesan akibat penangguhan itu agar menghubungi syarikat penerbangan untuk maklumat lanjut.

Syarikat penerbangan Dubai, Emirates sebelum ini menyatakan bahawa pihaknya akan menangguhkan penerbangan dari Pakistan mulai 24 Julai. – SM

(Visited 1 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button