Luar Negara

Lelaki bersenjata serang Konsulat AS di Jeddah

JEDDAH: Seorang lelaki bersenjata yang menyerang bangunan Konsulat Amerika Syarikat (AS) di Jeddah, terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan, semalam.

Lapor Saudi Press Agency (SPA), seorang pengawal keselamatan warga Nepal yang bekerja di konsulat itu turut meninggal dunia selepas mengalami kecederaan serius.

Berdasarkan laporan SPA, lelaki bersenjata menaiki sebuah kereta yang diberhentikan berhampiran bangunan Konsulat AS di Jeddah.

“Dia keluar dari keretanya sambil membawa senjata api di tangannya.

“Pasukan keselamatan terpaksa mengambil inisiatif menangani lelaki itu seperti dikehendaki dalam situasi tersebut,” jelas laporan itu.

Jurucakap polis Mekah memaklumkan siasatan sedang dijalankan berhubung insiden itu.

Sementara itu, Jabatan Negara AS mengesahkan tiada rakyat negaranya yang cedera dalam kejadian tembakan di luar konsulat itu.

“Kami menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pengawal keselamatan yang meninggal dunia,” jelasnya dalam satu kenyataan di Washington.

Serangan itu berlaku ketika Arab Saudi menerima kehadiran kira-kira 1.8 juta umat Islam untuk menunaikan ibadah haji di Mekah sekitar 70 kilometer (km) dari Jeddah.

(Visited 111 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button