Politik

Manifesto yang bakal memenangkan PH pada PRU15

HAMPIR sah Pakatan Harapan (PH) akan menang pada pilihan raya ke-15 (PRU15).

Kebanyakan kawasan mempunyai komposisi pengundi Melayu 60 peratus dan bukan Melayu 40 peratus.

Dengan manifesto kewarganegaraan automatik, PH akan peroleh undi bukan Melayu semuanya, manakala undi Melayu pula berpecah kepada tiga atau lebih iaitu PH, Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (BN).

Ini bermakna kerajaan 22 bulan yang melelong aset Tabung Haji dan bertungkus-lumus menghapuskan kepentingan Melayu sudah kembali.

Orang Melayu tidak akan mampu berbuat apa-apa kerana mereka akan terus bergaduh dan berpecah.

Walaupun majoriti Melayu tidak mengundi PH, tetapi hanya segelintir yang mengundi PH sudah cukup mengembalikan kerajaan yang turut menyokong LGBTQ.

Orang Melayu bukan lagi penentu, tetapi mereka sudah di “checkmate” oleh liciknya politik bangsa DAP.

BN sendiri masih menggelupur di dalam kubu sendiri dan saling bertembak sesama sendiri.

Kalau dalam bola sepak BN tewas kerana jaringan gol bunuh diri atau gol sendiri.

Kini tinggallah Perikatan Nasional yang masih hijau dan setahun jagung berjuang.

Jika gelombang luar biasa menyokong PN ini berlaku barulah gagasan baharu ini mampu mencipta kemenangan.

Persoalannya mampukah PN mencetus gelombang itu?

 

 

 

(Visited 30,044 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button