Sukan

Covid-19: Pemain industri sukan diminta bersabar, patuhi arahan Kerajaan

KEMENTERIAN Belia dan Sukan memohon kerjasama daripada pemain industri sukan agar mematuhi arahan terbaru yang dikeluarkan oleh Kerajaan dalam membantu negara bagi memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19.
Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, beliau cukup prihatin dan memahami keresahan pemain industri sukan yang terkesan akibat arahan terkini Kerajaan ekoran penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) khususnya di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Larangan aktiviti sukan dalam dewan (indoor) ini hanyalah bersifat sementara. Bagaimanapun, pihak Kerajaan telah membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi yang tidak melibatkan kontak fizikal boleh dijalankan secara individu dan di tempat terbuka terhad kepada maksimum 10 orang pada satu-satu masa,” katanya dalam satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan, malam tadi.
Menurut beliau, langkah-langkah larangan aktiviti sukan, kontak dan sukan berpasukan seperti bola sepak, futsal dan lain-lain sukan yang dimainkan di dalam dewan tertutup (indoor) di kawasan PKPB perlu dilaksanakan atas arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Jelasnya, ini adalah atas dasar kesihatan dan kepentingan awam buat sementara waktu untuk rakyat sama-sama membantu negara bagi memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19 ini.
“Insya Allah, selaku Menteri Belia dan Sukan, saya memberi jaminan bahawa Kementerian Belia dan Sukan komited dalam usaha membantu industri sukan dengan kerjasama dan panduan MKN dan KKM agar aktiviti sukan dan rekreasi dapat dibuka semula seperti mana di dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sebaik sahaja berakhirnya tempoh PKPB,” ujarnya. – SM

(Visited 75 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button