Nasional

[VIDEO] Covid-19: Orang ramai dihalang bersalam dengan Tun M

MUNGKIN sebagai langkah pencegahan penularan wabak Coronavirus (Covid-19) orang ramai dihalang daripada bersalam dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Senario itu sempat dirakam seorang pengguna media sosial yang menyaksikan Dr. Mahathir keluar meninggalkan Masjid Negara selepas selesai menunaikan solat Jumaat semalam.

Video berkenaan kemudian tular selepas dimuatnaik pengguna bernama . Kemudian, rakaman itu ditonton lebih 30,000 orang.

Video berdurasi kurang 20 saat itu memaparkan beberapa pegawai mengawal ketat Perdana Menteri ke-7 sambil diiringi anaknya dipercayai Tan Sri Mokhzani.

[BACA ARTIKEL] Covid-19: 28 kes baharu di Malaysia hari ini — Suara Merdeka

Menerusi rakaman tersebut, Mokhzani sekadar menggayakan tangan kanan diletakkan di dadanya sebagai isyarat mesra kepada orang awam yang berhampirannya.

Sementara Dr. Mahathir pula sekadar mengenggam kedua-dua tangannya, juga sebagai isyarat mesra menggantikan salam yang lazim dilakukannya ketika bertemu dengan orang ramai.

Sehubungan itu, orang ramai yang tidak menyedari keadaan itu bagaimanapun dihalang oleh pegawai bertugas ketika hendak bersalam dengan beliau.

[BACA ARTIKEL] PM hargai semua terlibat tangani Covid-19 — Suara Merdeka

Namun, mereka tidak melatah sebaliknya memahami isyarat ringkas yang diberikan oleh pegawai pengiring berkenaan apabila melarang orang awam daripada bersalam dengan Ahli Parlimen Langkawi itu.

Tindakan tersebut dipercayai sebagai langkah keselamatan yang diambil oleh pegawai pengiring dan anak Dr. Mahathir bagi mengelak jangkitan wabak Covid-19.

Semalam, Kementerian Kesihatan mengumumkan kes terbaharu dicatatkan seramai 28 orang sekali gus dianggap sebagai jangkitan tertinggi dalam tempoh sehari.

Hal demikian menyebabkan jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 meningkat kepada 83 orang.

AS SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDN AL MUTAFA BILAH SHAH

Sementara itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan tersebut.

[BACA ARTIKEL] Covid-19: Agong zahir kebimbangan, titah rakyat beri kerjasama — Suara Merdeka

Justeru, baginda menitahkan orang ramai supaya membantu kementerian dalam menangani penularan wabak Covid-19 di negara ini. – SM

(Visited 600 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan

Wartawan, petugas media Suara Merdeka

Related Articles

Back to top button