Nasional

Perlis benarkan jemaah usia bawah 18 solat di masjid

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menitahkan bahawa menjunjung titah perintah dan perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, setelah melihat kepada perkembangan positif situasi semasa wabak Covid-19, adalah dimaklumkan bahawa Baginda telah memperkenankan beberapa perkara seperti berikut:

1. Jemaah di bawah umur 18 tahun adalah diperkenankan hadir di semua Masjid seluruh negeri Perlis berkuatkuasa serta-merta.

2. Solat berjemaah (kecuali solat Jumaat) dan aktiviti pengimarahan di surau-surau sekolah / institusi pendidikan tinggi (IPT) adalah diperkenankan dengan syarat terhad kepada warga sekolah / IPT sahaja (pelajar, guru, pensyarah dan kakitangan sekolah / IPT) tanpa melibatkan pihak luar berkuatkuasa serta-merta.

3. Warga sekolah / IPT hendaklah menunaikan solat Jumaat di mana-mana Masjid Kariah / Surau Kebenaran Jumaat yang berdekatan.

4. Pihak pengurusan sekolah / IPT adalah bertanggungjawab dalam memastikan SOP keselamatan dan kesihatan berada di tahap maksimum.

5. Sebagai langkah pencegahan dan memperkemas pelaksanaan SOP keselamatan, HANYA masjid kariah dan surau sekolah / IPT sahaja dibenarkan untuk diimarahkan.

Dengan perkenan seperti yang dinyatakan di atas, maka semua umat Islam dapat menunaikan ibadah dan mengimarahkan masjid-masjid seluruh negeri Perlis tanpa sebarang pengecualian lagi termasuklah golongan remaja dan pelajar. Dalam masa sama, para ibu bapa adalah dinasihatkan agar sentiasa memantau tahap kesihatan dan pelaksanaan SOP ke atas anak-anak tersayang sekaligus menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan.

titah perintah dan perkenan DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, setelah melihat kepada perkembangan positif situasi semasa wabak Covid-19, adalah dimaklumkan bahawa Baginda telah memperkenankan beberapa perkara seperti berikut:

1. Jemaah di bawah umur 18 tahun adalah diperkenankan hadir di semua Masjid seluruh negeri Perlis berkuatkuasa serta-merta.

2. Solat berjemaah (kecuali solat Jumaat) dan aktiviti pengimarahan di surau-surau sekolah / institusi pendidikan tinggi (IPT) adalah diperkenankan dengan syarat terhad kepada warga sekolah / IPT sahaja (pelajar, guru, pensyarah dan kakitangan sekolah / IPT) tanpa melibatkan pihak luar berkuatkuasa serta-merta.

3. Warga sekolah / IPT hendaklah menunaikan solat Jumaat di mana-mana Masjid Kariah / Surau Kebenaran Jumaat yang berdekatan.

4. Pihak pengurusan sekolah / IPT adalah bertanggungjawab dalam memastikan SOP keselamatan dan kesihatan berada di tahap maksimum.

5. Sebagai langkah pencegahan dan memperkemas pelaksanaan SOP keselamatan, HANYA masjid kariah dan surau sekolah / IPT sahaja dibenarkan untuk diimarahkan.

Dengan perkenan seperti yang dinyatakan di atas, maka semua umat Islam dapat menunaikan ibadah dan mengimarahkan masjid-masjid seluruh negeri Perlis tanpa sebarang pengecualian lagi termasuklah golongan remaja dan pelajar. Dalam masa sama, para ibu bapa adalah dinasihatkan agar sentiasa memantau tahap kesihatan dan pelaksanaan SOP ke atas anak-anak tersayang sekaligus menunaikan tanggungjawab yang diamanahkan. – SM

(Visited 83 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button