Nasional

Covid-19: Menteri, KP Kesihatan rayu pesakit jujur, jangan bahayakan nyawa petugas

MENTERI Kesihatan Datuk Seri Dr. Adham Baba dan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Nor Hisham Mohamad merayu kepada orang ramai agar tidak menyembunyikan maklumat untuk mengelakkan petugas kesihatan daripada dijangkiti Covid-19.

Menurut Dr. Adham, adalah malang apabila 12 petugas kesihatan dapati positif virus pembunuh itu dengan salah seorang mereka kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan memerlukan bantuan pernafasan.

Justeru beliau merayu kepada semua yang datang mendapatkan rawatan di semua fasiliti Kesihatan untuk bersikap jujur dengan  menyembunyikan maklumat sejarah perjalanan ke luar negara atau sekiranya merekamerupakan kontak terdekat kepada pesakit positif COVID-19.

“Jika anda mempunyai gejala, hubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat terlebih dahulu untuk mengetahui fasiliti Kesihatan yang patut anda kunjungi.

“Lihat bagaimana anggota kami perlu membersihkan salah sebuah Jabatan Pesakit Luar di fasiliti Kesihatan setelah mengetahui seorang pesakit yang datang mendapatkan Rawatan sebelumnya positif Covid-19.

“Masa yang sepatutnya digunakan untuk merawat pesakit terbuang untuk hal sebegini. Bantulah kami untuk membantu anda,” kata Dr. Adham.

Mesej yang sama turut dilontarkan Dr. Noor Hisham yang menggesa orang ramai dan  pesakit agar jujur ​​dalam memberikan sejarah dan hubungan rapat mereka.

Jelas beliau, petugas dan hospital mengalami beberapa insiden pada minggu ini di mana pesakit menyembunyikan hubungan  dan gejala jangkitan yang mereka alami mereka.

Perbuatan menyembunyikan maklumat sejarah kesihatan merupakan satu jenayah yang boleh dikenakan tindakan.

“Sejarah perjalanan dan maklumat hubungan rapat, contohnya, yang dikaitkan dengan perhimpunan jemaah tabligh di Masjid Seri Petaling juga tidak didedahkan.

“Hanya selepas prosedur dan rawatan klinikal selesai, maklumat kritikal tersebut telah didedahkan. Pada masa itu, keselamatan petugas kesihatan dan fasiliti kami telah terjejas. Ia adalah satu jenayah sekiranya anda tidak mendedahkan atau menyembunyikan maklumat.

“Saya merayu kepada orang ramai dan pesakit untuk jujur ​​dan tidak menyembunyikan maklumat sehingga menimbulkan risiko kepada nyawa dan fasiliti kami,’ kata Dr. Noor Hisham.

[BACA ARTIKEL] 12 petugas KKM, 3 swasta dijangkit Covid-19, seorang dalam ICU

Selain 12 petugas kesihatan awam dijangkiti Covid-19 sebanyak tiga petugas swasta turut dijangkiti wabak tersebut selepas pesakit menyembunyikan maklumat bahawa mereka pernah pergi keluar negara dan merupakan kontek rapat dengan pesakit Covid-19 yang lain.-SM

(Visited 138 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button