Nasional

COVID-19: Dr. Zulkifli setuju bernikah secara panggilan video, Skype

MENTERI di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri berpandangan tidak ada halangan untuk pasangan pengantin untuk bernikah secara panggilan video atau Skype berikutan Perintan Kawalan Perjalanan

Zulkifli yang menjawab soalan pengikut di Twitternya yang menggunakan akaun Doktor Suam Suam berkata, bagaimanapun persetujuan perlu diperolehi daripada majlis agama Islam negeri berkenaan dan ia hanya boleh dilakukan ketika dalam keadaan darurat.

“Secara asasnya, saya bersetuju. Cuma ia tertakluk kepada keizinan pihak berkuasa agama negeri masing-masing, Dan ia mestilah kerana darurat,” kata Zulkifli.

Dalam soalannya kepada bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu, Doktor Suam Suam bertanya, bolehkah masjlis nikah diadakan melalui jarak jauh antaranya menggunakan panggilan video dan Skype.

Menurut pengguna Twitter itu, ada pernikahan rakannya ditangguhkan kerana wali dan saksi berada di negeri yang berlainan.

“Assalamualaikum saya ada pertanyaan. Bolehkah masjlis bernikah diadakan melalui jarak jauh.

“Contohnya jurunikah dan pengantin setempat, wali, saksi melalui video call, Zoom, Skype. Ada teman yg nikahnya ditangguh kerana wali di negeri lain, saksi pula negeri lain,’ tanya Doktor Suam Suam.

Ketika ini beberapa negeri telah menasihatkan pasangan pengantin untuk menangguhkan acara akad nikah berikutan kebimbangan menularnya virus maut COVID-19.

Antaranya Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) menangguhkan permohonan kebenaran berkahwin dan majlis akad nikah bermula 1 April sehingga tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir 14 April ini.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) juga menangguhkan urusan berkaitan permohonan kebenaran berkahwin dan majlis akad nikah sehingga Perintah Kawalan Pergerakan berakhir.

Langkah itu diambil berikutan beberapa penolong pendaftar perkahwinan atau jurunikah disyaki mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID-19.

Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) juga menggambil langkah sama menagguhkan semua majlis akad nikah  serta merta dari tarikh 21 Mac 2020 sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

Virus COVID-19 sehingga kini telah meragut 27 nyawa dan menjangkiti 2,320 orang rakyat Malaysia. Virus itu sehingga hari ini telah membunuh 30,879 orang di seluruh dunia dan menjangkiti 663,740 orang. -SM

(Visited 308 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button