Nasional

COVID-19: Malaysia catat kematian ke-16

MALAYSIA mencatatkan satu lagi kes kematian akibat COVID-19 malam ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian dalam negara seramai 16 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan, individu lelaki itu merupakan kes ke-1334, seorang warganegara Malaysia berusia 75 tahun dengan latar belakang beberapa penyakit kronik.

Dr Noor Hisham menjelaskan warga emas itu telah mula menunjukkan gejala lima hari sebelum dimasukkan ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan pada 16 Mac dan seterusnya dipindahkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 18 Mac.

“Kesihatan beliau telah merosot lalu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk bantuan pernafasan dan disahkan positif COVID-19 pada 21 Mac. Beliau telah disahkan meninggal dunia pada 7.40 malam tadi. Punca jangkitan COVID-19 beliau masih dalam siasatan,” menurutnya. – BERNAMA

(Visited 130 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button