Nasional

Gangguan Air di Selangor: 1,156 kawasan air pulih, 8 belum pulih

MASIH belum pulih sepenuhnya kawasan-kawasan yang terjejas ekoran gangguan bekalan air. Hanya bekalan air di 1,156 kawasan atau 89.47 peratus daripada 1,292 kawasan terlibat gangguan bekalan air tidak berjadual melibatkan tujuh wilayah sekitar Lembah Klang yang pulih sepenuhnya setakat pukul 6.30 pagi tadi.

Lagi lapan kawasan masih belum pulih sepenuhnya walaupun tersenarai di dalam kawasan (Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak dan Kuala Lumpur).

Kawasan-kawasan ini yang sepatutnya pulih sepenuhnya pada 12 tengah malam kelmarin manakala 54 kawasan terjejas juga masih belum mendapat bekalan air yang sepatutnya pada 12 tengah malam tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd., (Air Selangor), Elina Baseri bagaimanapun dalam kenyataannya hari ini berkata, baki 136 kawasan masih dalam proses pemulihan.

Menurut beliau, bekalan air di Petaling mencatatkan peratusan pemulihan sebanyak 95.72 peratus; Gombak (94.89 peratus) dan Kuala Lumpur (85.02 peratus).

Di Klang/Shah Alam (59.32 peratus) manakala Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor pula, masing-masing mencatatkan peratusan pemulihan sepenuhnya (100 peratus).

Dalam kenyataannya juga, beliau memaklumkan lapan kawasan masih belum pulih sepenuhnya walaupun tersenarai di dalam kawasan Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak dan Kuala Lumpur.

“Para pengguna dinasihatkan supaya tidak menyimpan dan menggunakan air berlebihan bagi memastikan proses pemulihan bagi kawasan yang masih terjejas berjalan lancar dan mengikut jadual pelan pemulihan Air Selangor,” katanya.

Seperti lazimnya, pihak Air Selangor sedang berusaha menstabilkan sistem agihan bagi memulihkan kawasan terlibat.

Gangguan bekalan air sekitar Lembah Klang bermula 3 Sept lepas apabila Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Rantau Panjang dihenti tugas akibat pencemaran sumber air mentah. – SM

(Visited 116 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button