Nasionalpilihan

PBB maklumkan jumlah penduduk dunia terkini seramai lapan billion!

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Selasa akan meraikan jumlah penduduk dunia yang kini mencecah lapan bilion, lapor Sputnik.

“Pada 15 Nov 2022, penduduk dunia diunjurkan mencecah lapan bilion orang, satu peristiwa penting dalam pembangunan manusia,” menurut PBB menerusi laman sesawang “Day of Eight Billion”.

Pertumbuhan itu tidak pernah berlaku sebelum ini disebabkan peningkatan jangka hayat manusia susulan penjagaan kesihatan awam semakin baik, pemakanan, kebersihan diri dan perubatan.

Hal itu juga disebabkan tahap kesuburan yang tinggi dan berterusan di beberapa negara.

PBB menganggarkan untuk mencapai populasi dunia sebanyak sembilan bilion akan mengambil masa 15 tahun lagi disebabkan kadar pertumbuhan yang perlahan. – BERNAMA

(Visited 300 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button