JenayahNasionalNegeri

Bekas ADUN Sanglang cedera dipukul lelaki tidak siuman di Masjid Alwi Kangar

MALANG tidak berbau. Ini yang berlaku ke atas bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sanglang yang diserang dengan kerusi ketika sedang memasukkan duit ke tabung anak yatim di Masjid Alwi, Kangar pada kira-kira pukul 5.30 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asistan Komisioner Yusharilfuddin Mohd Yusop berkata, Datuk Saad @ Mat Zain Abdullah, 87, cedera di kepala kanan akibat dipukul dengan kerusi oleh seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman.

Beliau berkata, mangsa dalam telah sampai ke pekarangan Masjid Alwi pada pukul 5.15 pagi dan mendengar tazkirah di dalam keretanya sebelum masuk ke dalam masjid pada pukul 5.30 pagi.

Beliau berkata, mangsa tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai “Anuar” yang kemudian menyerangnya.

“Suspek yang mengamuk itu terus memukul sehingga menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan di bahagian kepala sebelah kanan,” kata Yusharilfuddin.

Katanya, mangsa telah melarikan diri ke satu tempat selamat untuk mengelak dipukul dan sempat meminta bantuan daripada pengawal keselamatan yang menjaga masjid untuk menghubungi pihak kecemasan.

Katanya, mangsa kemudiannya telah di bawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar untuk rawatan kerana mengalami kecederaan di kepala.

Mohd Zain adalah bekas ADUN Sanglang selama dua penggal pada Pilihan Raya Umum Ke-5 (PRU5) 1978 dan PRU6 pada tahun 1982.

Suspek yang berusia 65 tahun itu telah ditahan polis bagi menjalankan siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan (KK). – SM

(Visited 270 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button