Berita

Berita palsu laksana PKP

Kerajaan Selangor menafikan  keputusan mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) negeri yang mendakwa negeri itu akan dikuat kuasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 4 atau 5 Mei ini.

Selain itu, Utusan Malaysia melaporkan menerusi mesej yang tular tersebut, terdapat beberapa arahan dan cadangan beberapa perkara yang kononnya telah dikeluarkan oleh MKN Selangor.

Selain itu, mesej itu turut menyebut bahawa pergerakan antara daerah semasa PKP tidak dibenarkan dan semua bazar Ramadan serta pasar malam juga tidak boleh beroperasi.

Malah, murid yang tinggal di sekolah asrama dibenarkan pulang bersama ibu bapa mereka dalam tempoh dua hari sebelum kuat kuasa PKP.

Terdahulu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam ciapan Twitternya memaklumkan kerajaan Selangor hanya memanggil Jawatankuasa Kerja MKN negeri pada Jumaat lalu.

Amirudin berkata, tujuan mesyuarat itu hanya bagi meneliti semula pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri itu.

(Visited 631 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button